Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN GIS & MAKLUMAT PERANCANGAN
1. Bagaimana saya boleh mengetahui zon gunatanah bagi tanah saya? Pelan zon gunatanah boleh diperolehi daripada kaunter Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Pelan yang bercetak boleh diperolehi dengan mengisi Borang Permohonan Peta Bercetak yang disediakan di kaunter tersebut.

2. Apakah dokumen dan maklumat diperlukan untuk mengetahui zon gunatanah? Pemohon perlu mengemukakan salinan geran tanah atau nombor geran tanah.

3. Berapa tempoh masa untuk mendapatkan Pelan Zon Gunatanah?

Pelan zon gunatanah disediakan dalam tempoh 1 (satu) hingga 3 (tiga) hari tertakluk kepada jumlah pelan yang dipohon.

4. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ulasan bagi permohonan pelanjutan pajakan tanah? Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan berserta dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Nama, alamat lengkap dan nombor telefon pemohon
  • Salinan geran tanah terkini
  • Salinan terkini untuk cukai pintu yang sudah dijelaskan
  • Salinan terkini untuk cukai tanah yang sudah dijelaskan
  • Salinan lesen perniagaan terkini atau yang telah diperbaharui bagi premis yang mejalankan aktiviti perniagaan
  • Gambar terkini (4 keping) dari pandangan depan, belakang, sisi kiri dan sisi kanan
  • Pelan zon gunatanah terkini


5. Bagaimanakah cara untuk memohon penamaan Kawasan/Taman/Bangunan? Pemohon perlu mengemukakan surat permohononan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Surat ulasan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Salinan pelan pembangunan yang berkaitan


6. Bagaimanakah cara untuk memohon penamaan Jalan/Lorong dan pernomboran unit/bangunan? Pemohon perlu mengemukakan surat permohononan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:

  • Sebanyak 16 salinan pelan penamaan Jalan/Lorong dan penomboran unit/bangunan
  • Salinan surat kelulusan penamaan Kawasan/Tanah/Bangunan
  • Salinan surat kelulusan dan pembangunan