Satu Mesyuarat Agung Khas KOPDBKK telah diadakan pada 28 Mac 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan dihadiri oleh 82 anggota koperasi.

Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau, turut bertindak sebagai Pengerusi mesyuarat ini dan memaklumkan melalui ucapan aluan beliau bahawa mesyuarat agung khas ini diadakan bagi membincangkan serta meluluskan Aturan Aktiviti Pembiayaan Koperasi. Mesyuarat turut menyaksikan penyampaian cek bayaran syer, yuran terkumpul dan dividen milik mendiang Encik Lastin Garatam yang merupakan anggota Koperasi kepada Puan Raini Garatam iaitu kakak kepada mendiang. Puan Raini juga turut menerima sumbangan kebajikan dari pihak KOPDBKK.

Mesyuarat telah berlangsung dari jam 2.30 petang sehingga jam 4.00 petang. Taklimat Pembiayaan Pinjaman Kredit telah disampaikan oleh Pengerusi Biro Pinjaman Koperasi, Puan Nazirah Uda. Para ahli mesyuarat telah sebulat suara menerima Aturan Aktiviti Pembiayaan yang telah dibentangkan dengan beberapa pindaan. Antara pindaan yang dipersetujui adalah:

  • Pembiayaan di bawah RM15,001.00 tidak memerlukan penjamin dan akan dikenakan sinking fund sebanyak 3% ;
  • Pembiayaan di atas RM15,001.00 memerlukan jaminan insurans;
  • Pembiayaan di atas RM15,001.00 untuk kali pertama akan memerlukan penjamin.