Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPDBKK bagi sesi tahun 2019/2020 telah diadakan pada 13 November 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan mencatatkan kehadiran seramai 202 anggota koperasi. Turut hadir dalam MAT ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kewangan DBKK, Puan Dorin Datuk Thomas Stuel selaku wakil kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.  Mesyuarat turut mengalu-alukan wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),  Encik Datu Mohd. Rais Aslam Datu Jamigul dan Puan Shirley Nasun.

 Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau dalam ucapan aluan beliau memaklumkan bahawa MAT ke-7 ini telah dirancang untuk diadakan pada bulan September 2019 akan tetapi terpaksa ditunda atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, penundaan tersebut telah dimaklumkan dan mendapat kebenaran dari pihak SKM. Beliau turut mengumumkan penambahan peruntukan pinjaman sebanyak RM150,000.00 yang menjadikan jumlah peruntukan pinjaman kepada para anggota meningkat ke RM250,000.00 bagi tahun 2019.

Sesi MAT kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Albert Joseph Lintanga dan akaun teraudit koperasi telah dibentangkan oleh Bendahari Koperasi, Puan Faridah Dullah. Sebanyak 3 usul telah diterima di dalam MAT kali ini. Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar kesemua usul dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat ALK Sesi 2020 kelak.

Sesi pengguguran dan pengundian Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah turut dilaksanakan. ALK bagi sesi 2019/2020 adalah seramai 15 orang iaitu Datuk Joannes Solidau, Encik Robert Lipon, Puan Faradillah Hj. Abdul Rani, Puan Fauziahton Ag. Samad, Puan Nazirah Uda, Encik Albert Joseph Lintanga, Puan Faridah Dullah, Puan Salmah Aplasin, Puan Dgku Hassanah Pg. Bagul, Puan Maureen Sylvester Ajie, Puan Dk. Aneeta Pg. A. Khamis, Puan Norah Yacob, Puan Glorie Diana Joseph,  Encik Mohammad Amir Izzat Abdullah dan Encik Abdul Jakir Hj. Mandang.

Mesyuarat yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan pembayaran elaun kehadiran kepada semua yang hadir. 

 

ePlanning Permission

eppbanner

Media Sosial Rasmi DBKK

Jadual Pengutipan Sampah

side1JadualPengutipanJKPB

KK City Wifi

aplkkcity

Pautan

 LogoAntiKutuSampah RekaDBKKlogokoperasidbkk

 

DBKK e-Services

eServicesLogo2017

Kod QR

tutorialeservicesecukai

 

Hubungi Kami

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
No.1, Jalan Bandaran,
88675 Kota Kinabalu, Sabah.

Talian Am: 088-521800
Fax: 088-219175


Tingkat 7,
Bangunan Centre Point Sabah 
88000 Kota Kinabalu

Talian Am: 088-244000
Fax088-231004


whatsapp s Hotline Aduan Awam:
      012-222 0220 (WhatsApp)

Aduan Awam: 088-313991
     Isnin-Jumaat (8 pagi-5 petang)

 E-mel: eims@dbkk.sabah.gov.my

Maklumbalas Pelanggan

Statistik Pengunjung

434388
Hari IniHari Ini35
SemalamSemalam83
Minggu IniMinggu Ini9
Bulan IniBulan Ini2441
Jumlah PelawatJumlah Pelawat434388