Program Bantuan Sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri DBKK 2022
Atas rasa keprihatinan dan peduli, Yang Berbahagia Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah menyampaikan sumbangan kepada anggota terpilih DBKK sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022. Program bantuan ini telah dilaksanakan pada jam 1.00 petang tadi di Pejabat Mayor, Tingkat 3, Ibu Pejabat DBKK. Seramai 10 orang kakitangan terpilih DBKK telah menerima bantuan berbentuk Baucar Servay bernilai RM150 berserta hamper bernilai RM50 bagi setiap penerima.
Program Bicara Inovasi Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu
Program Bicara Inovasi Sempena Ulang Tahun Ke-22 Bandaraya Kota Kinabalu
Tarikh : 26 April 2022 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Mesyuarat Tingkat 1 Ibu Pejabat DBKK
Orang ramai boleh turut sama menyaksikan program ini secara langsung di YouTube Rasmi DBKK TV Online.