Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
  TOPIK : PENGGREDAN PREMIS MAKANAN
1. Bagaimanakah premis makanan mendapat penarafan gred A, B atau C? Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK akan menjalankan pemeriksaan dan penggredan ke atas premis makanan yang berlesen dengan menggunakan Borang Pemeriksaan yang khusus. Penarafan gred akan diberikan berdasarkan markah yang diperolehi di akhir pemeriksaan.

2. Bagaimanakah untuk mendapatkan pelekat gred premis makanan? Pelekat gred akan disediakan oleh DBKK selepas pemeriksaan dilakukan. Pelekat gred akan diserahkan kepada pengusaha premis secara percuma.  

3. Bagaimanakah jika pengusaha premis tidak berpuas hati dengan gred atau markah yang diperolehi? Pengusaha boleh memohon pemeriksaan semula.

4. Bagaimanakah untuk memohon lesen gerai makanan di kawasan kaki lima / ruang legar? Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK tidak ada mengeluarkan lesen gerai makanan di kaki lima / ruang legar. Sebarang aktiviti memasak, meletakkan peralatan dan mencuci peralatan di kawasan kaki lima / ruang legar adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan kompaun.

  TOPIK : KAD PENGENDALI MAKANAN
1. Apakah itu kad atau sijil kesihatan DBKK? Kad atau sijil kesihatan DBKK ialah kad atau sijil pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikeluarkan oleh DBKK dan wajib dimiliki oleh semua pengendali makanan yang bekerja di restoran, kedai kopi, kilang makanan/minuman, penjaja makanan/minuman & kiosk makanan/minuman serta pekerja di sektor perkhidmatan seperti perhotelan, dandanan rambut, pusat kecantikan, urut/refleksologi & spa. Kad atau sijil kesihatan ini perlu disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengendali makanan juga diwajibkan untuk mendapatkan suntikan pelalian anti-tifoid setiap tiga tahun sekali.

2. Dimanakah kad atau sijil kesihatan DBKK boleh diperolehi? Kad atau sijil kesihatan DBKK boleh diperolehi di Kaunter Jabatan Pelesenan, Tingkat bawah, Bangunan DBKK atau Kaunter Pembayaran DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah.  Kad/sijil kesihatan DBKK ini boleh diperolehi dengan harga RM1 sekeping.

3. Siapakah yang wajib mengambil suntikan pelalian anti-tifoid? Semua pengendali makanan wajib mengambil suntikan pelalian anti-tifoid setiap 3 tahun sekali.

4. Apakah itu Kad Pengendali Makanan DBKK? Kad Pengendali Makanan DBKK adalah kad yang dikeluarkan kepada semua pengendali makanan di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu dan wajib dipakai semasa bekerja.

5. Berapakah jenis Kad Pengendali Makanan DBKK?   Ada 2 jenis kad yang dikeluarkan seperti berikut:
i.       Kad Pengendali Makanan (Sementara) - kad berwarna merah dan hanya dikeluarkan setahun sahaja kepada pengendali makanan baharu dengan syarat pengendali makanan tersebut  disahkan sihat oleh doktor, telah menerima suntikan pelalian anti-tifoid tetapi belum menghadiri Kursus Pengendali Makanan.
ii.      Kad Pengendali Makanan (Tetap) – kad berwarna hijau dan dikeluarkan kepada pengendali makanan yang disahkan sihat oleh doktor, telah menerima suntikan pelalian anti-tifoid dan sudah menghadiri Kursus Pengendali Makanan.

6. Apakah syarat-syarat permohonan Kad Pengendali Makanan (Sementara)? Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Kad Pengendali Makanan dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i.    Kad/ Sijil kesihatan yang sah – sila bawa kad/sijil asal dan 1 salinan
ii.   Gambar ukuran pasport (latar biru) - 1 keping

Borang permohonan dan dokumen berkaitan hendaklah dihantar di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah untuk semakan terlebih dahulu sebelum pembayaran dibuat. Yuran pemprosesan Kad Pengendali Makanan akan dikenakan sejumlah RM5 sekeping.

7. Apakah syarat-syarat permohonan Kad Pengendali Makanan (Tetap)? Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Kad Pengendali Makanan dengan menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i.    Kad/ Sijil kesihatan yang sah – sila bawa kad/sijil asal dan 1 salinan
ii.   Gambar ukuran pasport (latar biru) - 1 keping
iii.  Sijil Kursus Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – sila bawa sijil asal dan 1 salinan

Borang permohonan dan dokumen berkaitan perlu dihantar di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah untuk semakan terlebih dahulu sebelum pembayaran dibuat. Yuran pemprosesan Kad Pengendali Makanan akan dikenakan sejumlah RM5 sekeping.

8. Dimanakah Borang Permohonan Kad Pengendali Makanan DBKK boleh diperolehi? Borang Permohonan Kad Pengendali Makanan boleh diperolehi di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah.

9. Berapakah yuran pemprosesan Kad Pengendali Makanan dan dimanakah pembayaran yuran ini boleh dibuat? Yuran pemprosesan Kad Pengendali Makanan adalah RM5 sekeping dan boleh dibayar di Kaunter Pembayaran DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah.

10. Bolehkah saya membayar yuran pemprosesan Kad Pengendali Makanan terlebih dahulu sebelum permohonan saya disemak di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya? Tidak boleh. Pemohon perlu menghantar permohonan berserta dokumen- dokumen yang berkaitan untuk disemak terlebih dahulu di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah sebelum membuat sebarang bayaran.

11. Berapakah lama tempoh pemprosesan Kad Pengendali Makanan? 1 hari hingga 7 hari bergantung kepada jenis dan jumlah Kad Pengendali Makanan yang dipohon.

12. Bolehkah saya sebagai majikan memohon Kad Pengendali Makanan bagi pihak pekerja saya? Majikan boleh memohon Kad Pengendali Makanan bagi pihak pekerjanya.

13. Bagaimanakah saya memohon untuk mengikuti Kursus Pengendali Makanan? Pengendali makanan boleh mengikuti Kursus Pengendali Makanan dimana-mana Institusi Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

14. Bagaimanakah saya mengadu sekiranya ada premis makanan yang tidak bersih? Aduan boleh disalurkan melalui:
• Talian : +6088 313991 (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
• WhatsApp : +6012 222 0220
• Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
• Surat-menyurat ke Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK