Bil. Soalan Jawapan
Unit kelulusan Landskap, Bahagian kelulusan Landskap dan Pentadbiran
1. Bagaimana cara untuk mengemukakan permohonan baru untuk kelulusan pelan landskap?
a) Pelan Landskap perlu dikemukakan oleh konsultan profesional yang bertauliah;
b) Pemohon perlu mendapatkan borang senarai semak serahan pelan landskap melalui Pejabat Jabatan Landskap sebelum mengemukakan permohonan;
c) Kemukakan permohonan pelan landskap yang lengkap mengikut borang senarai semak serahan pelan landskap (No.Borang:JL/UKP-2021/1);
d) Menjelaskan yuran pemprosesan sebanyak RM250.00 semasa pengemukaan dibuat;
e) Ulasan jabatan akan diberikan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan;
f) Surak kelulusan akan dikembalikan kepada pemohon selepas mendapat endorsement daripada Mayor;
g) Untuk maklumat lanjut/pertanyaan keperluan teknikal boleh hubungi:

Unit Kelulusan Landskap, Jabatan Landskap di talian 088-244 000 sambungan 617

2. Bagaimana untuk mendapatkan Sokongan Sijil Layak Menduduki (O.C) dari Jabatan Landskap?
a) Juruperunding/pemohon perlu kemukakan surat permohonan sokongan O.C dan gambar tapak yang terkini kepada pejabat Jabatan Landskap DBKK;
b) Tarikh pemeriksaan tapak akan dimaklumkan kepada pemohon;
c) Membuat lawatan pemeriksaan tapak bersama juruperunding dan pemaju;
d) Surat sokongan O.C (Landskap)/surat tindakan pemaju akan dikeluarkan kepada pemohon jika terdapat keperluan;
e) Pemeriksaan tapak akan dibuat semula jika memerlukan tindakan pemaju sehingga mematuhi semua syarat keperluan Landskap yang telah diluluskan.

3. Bagaimana proses permohonan serah tapak Landskap?
a) Pemaju/pemohon perlu kemukakan surat permohonan serah tapak dan gambar tapak yang terkini kepada pejabat Jabatan Landskap;
b) Tarikh pemeriksaan tapak akan dimaklumkan kepada pemohon;
c) Membuat lawatan pemeriksaan tapak bersama pemaju;
d) Surat kelulusan/surat tindakan pemaju akan dikeluarkan kepada pemohon jika terdapat keperluan;
e) Pemeriksaan tapak akan dibuat semula jika memerlukan tindakan pemaju sehingga mematuhi semua syarat keperluan landskap yang telah diluluskan.

Unit Kontak Rumput, Bahagian Kekemasan & Penyelenggaraan Rumput
1. Berapa kekerapan pemotongan rumput DBKK di taman perumahan? Sekali sebulan.

2. Bila pemotongan rumput dilaksanakan? Kerja-kerja pemotongan rumput adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap bulan.
Unit Tempahan, Bahagian Pengurusan Taman Awam
1. Bagaimana cara untuk memohon tempahan tapak di Taman Awam sekitar Bandaraya Kota Kinabalu? a) Untuk pertanyaan boleh hubungi:
Puan Esther Jikonol
Unit Tempahan Jabatan Landskap DBKK
088 – 244 000 sambungan 619
Waktu berurusan : 7.30 pagi – 4.30 petang

b) Hadir ke Pejabat Jabatan Landskap :
Jabatan Landskap,
Bangunan Centre Point Tingkat 7

2. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat tempahan? Tiada. Isi borang tempahan Taman Awam dengan lengkap sahaja.

3. Berapa bayaran/cagaran dikenakan? a) Sewa Tapak
  • 10' x 10' luas tapak – RM150.00
  • 20' x 20' luas tapak – RM300.00


b) Deposit Kebersihan
    • 1 - 49 orang : RM50.00 + RM50 (caj elektrik*)
    • 50-149 orang : RM150.00 + RM50 (caj elektrik*)
    • 150 orang keatas : RM300.00 + RM50 (caj elektrik*)

    *Caj elektrik dikenakan tertakluk kepada pilihan pemohon


c) Acara Tempatan / Antarabangsa
Bil. Kegunaan Taman Deposit Kebersihan Deposit Landskap Sewa Tapak Caj Elektrik
1. Acara Tempatan RM1500 - RM2500 RM150/hari
2. Acara Antarabangsa RM3000 RM3000 RM5000 RM150/hari


4. Berapa lama proses untuk kelulusan tempahan tapak yang dimohon? Selepas membuat pembayaran sewa dan deposit.

5. Bagaimana untuk dapatkan semula deposit dan tempoh masa wang pengembalian? a) Pemohon perlu datang semula ke pejabat Jabatan Landskap untuk pengisian borang pengesahan untuk tuntutan pengembalian deposit
b) Tempoh pengembalian wang deposit/sewa tapak diantara 14-30 hari masa bekerja

6. Berikut adalah senarai Taman-Taman Awam yang dibawah tanggung jawab DBKK
a) Taman Awam Teluk Likas (TATL) Pantai 1
b) Taman Awam Teluk Likas (TATL) Pantai 2
c) Taman Awam Teluk Likas (TATL) Fasa 2
d) Pantai Tanjung Aru 1
e) Taman Ujana Rimba

Unit Rekabentuk
1. Adakah Jabatan Landskap menyediakan perkhidmatan untuk cadangan reka bentuk kepada orang awam atau agensi luar? Tidak. Jabatan Landskap tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.

Unit Penyelenggaraan Pokok
1. Adakah Jabatan Landskap menyediakan perkhidmatan pemotongan pokok, pembersihan semak/belukar dan selenggara landskap di lot persendirian? Tidak. Jabatan Landskap tidak menyediakan perkhidmatan tersebut.

Unit Aduan
1. Bagaimana orang awam ingin membuat aduan landskap? Untuk sebarang aduan boleh disalurkan kepada:
Jabatan Pengaduan & Perhubungan Awam DBKK
Hotline DBKK : 088 313 991 (Isnin-Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang)
Whatsapp : +6012 222 0220
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Unit Hiasan
1. Siapa yang layak untuk membuat permohonan sewa bunga pasu Jabatan Landskap? Permohonan dibenarkan kepada agensi kerajaan sahaja. Permohonan dari agensi luar perlu mendapat kelulusan daripada Mayor.

2. Berapa kadar harga yang dikenakan untuk sewa bunga pasu termasuk kos pengangkutan? a) Kadar sewa ikut saiz pasu dan jenis bunga, kos pegangkutan Rm120/trip dan tenaga pekerja RM50/seorang
b) Hanya kos sewaan bunga pasu sahaja akan dikenakan jika pengangkutan dan penyusunan bunga dikendalikan/diurus sendiri oleh pemohon

3. Pemohon boleh membuat pilihan sendiri spesis tanaman yang dikehendaki? Boleh.

4. Berapa lama tempoh masa yang dibenarkan untuk sewa bunga pasu? Bergantung kepada hari acara penganjur.

5. Berapa lama tempoh masa yang dibenarkan untuk sewa bunga pasu? Pemohon boleh kemukakan surat permohonan kepada Pengarah Jabatan Landskap untuk mendapatkan kelulusan.