Bil. |
Soalan |
Jawapan |
BAHAGIAN GIS & MAKLUMAT PERANCANGAN |
1. |
Bagaimana saya boleh mengetahui zon gunatanah bagi tanah saya? |
Pelan zon gunatanah boleh diperolehi daripada kaunter Jabatan Perancangan Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Pelan yang bercetak boleh diperolehi dengan mengisi Borang Permohonan Peta Bercetak yang disediakan di kaunter tersebut.
|
2. |
Apakah dokumen dan maklumat diperlukan untuk mengetahui zon gunatanah? |
Pemohon perlu mengemukakan salinan geran tanah atau nombor geran tanah.
|
3. |
Berapa tempoh masa untuk mendapatkan Pelan Zon Gunatanah?
|
Pelan zon gunatanah disediakan dalam tempoh 1 (satu) hingga 3 (tiga) hari tertakluk kepada jumlah pelan yang dipohon.
|
4. |
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ulasan bagi permohonan pelanjutan pajakan tanah? |
Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan berserta dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Nama, alamat lengkap dan nombor telefon pemohon
- Salinan geran tanah terkini
- Salinan terkini untuk cukai pintu yang sudah dijelaskan
- Salinan terkini untuk cukai tanah yang sudah dijelaskan
- Salinan lesen perniagaan terkini atau yang telah diperbaharui bagi premis yang mejalankan aktiviti perniagaan
- Gambar terkini (4 keping) dari pandangan depan, belakang, sisi kiri dan sisi kanan
- Pelan zon gunatanah terkini
|
5. |
Bagaimanakah cara untuk memohon penamaan Kawasan/Taman/Bangunan? |
Pemohon perlu mengemukakan surat permohononan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Surat ulasan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
- Salinan pelan pembangunan yang berkaitan
|
6. |
Bagaimanakah cara untuk memohon penamaan Jalan/Lorong dan pernomboran unit/bangunan? |
Pemohon perlu mengemukakan surat permohononan beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Sebanyak 16 salinan pelan penamaan Jalan/Lorong dan penomboran unit/bangunan
- Salinan surat kelulusan penamaan Kawasan/Tanah/Bangunan
- Salinan surat kelulusan dan pembangunan
|