Mesyuarat Agung Khas Koperasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 2019
Satu Mesyuarat Agung Khas KOPDBKK telah diadakan pada 28 Mac 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan dihadiri oleh 82 anggota koperasi.
Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau, turut bertindak sebagai Pengerusi mesyuarat ini dan memaklumkan melalui ucapan aluan beliau bahawa mesyuarat agung khas ini diadakan bagi membincangkan serta meluluskan Aturan Aktiviti Pembiayaan Koperasi. Mesyuarat turut menyaksikan penyampaian cek bayaran syer, yuran terkumpul dan dividen milik mendiang Encik Lastin Garatam yang merupakan anggota Koperasi kepada Puan Raini Garatam iaitu kakak kepada mendiang. Puan Raini juga turut menerima sumbangan kebajikan dari pihak KOPDBKK.