logodbkkKENYATAAN AKHBAR
PROGRAM MINGGU MEMBAYAR CUKAI PINTU DAN INSENTIF KHAS

Pihak DBKK akan mengadakan Program Minggu Membayar Cukai Pintu dari 5hb hingga 11hb April 2018 dengan insentif khas potongan 100% ke atas caj faedah dan notis pemberitahuan dengan syarat pembayaran sekali gus dilaksanakan ke atas amaun tunggakan cukai. Walau bagaimanapun insentif ini tidak melibatkan akaun yang berstatus dalam tindakan undang-undang.

Selain daripada itu, pembayar cukai yang membayar cukai semasa bakal menerima bag plastik biodegradable 'Anti Kutu Sampah' secara percuma sebagai tanda penghargaan membayar cukai pintu mereka pada setiap tahun.

 Kempen ini akan dilaksanakan  di semua kaunter DBKK seperti berikut:
Kaunter

Orang awam digalakkan mengambil peluang dan kesempatan pemberian insentif khas ini untuk melunaskan semua tunggakan cukai pintu mereka. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai DBKK, Encik Benjamin Koh di no. 088-521760 dan Puan Norah Yacob di no. 088-521774.

Kenyataan dikeluarkan oleh:

(DATUK YEO BOON HAI)
MAYOR BANDARAYA
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu