Sambutan Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2020 Peringkat DBKK pada hari ini adalah anjuran SPRM dengan kerjasama DBKK dan Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Program ini yang dilaksanakan secara maya dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Tuan Awang Samsul, Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sabah dan Tuan Syaheddrul R. Joddari, Pengurus Besar SLDB selaku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM). Turut hadir Puan Noorliza Awan Alip, Ketua Pengarah DBKK. Program ini turut dihadiri secara maya oleh semua Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai DBKK.
DBKK mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana telah memilih DBKK sebagai salah satu agensi untuk pelaksanaan Pelancaran Sambutan HARA pada tahun ini sesuai dengan tema pada tahun ini iaitu 'PBT Perangi Pemberi Rasuah'. PBT dipilih selaras dengan usaha SPRM membanteras kegiatan rasuah disemua peringkat.
SPRM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ybhg Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu atas kerjasama dan komitmen berterusan untuk memantapkan integriti dan memerangi rasuah di kalangan warga kerja DBKK.
#RasuahDihinaMaruahDibina
#RecoverWithIntegrity
#KitaJagaKita