DBKK merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Grab Food atas sumbangan berupa bekalan makanan untuk meringankan beban mereka yang memerlukan sepanjang pelaksanaan PKP. Penyerahan sumbangan ini telah diadakan pada 13 April 2020 di hadapan Bangunan DBKK. Semoga usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.