DBKK merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Warisan Harta Sabah (WHS) atas sumbangan hand sanitizer untuk barisan hadapan DBKK bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
 
Penyerahan sumbangan ini telah diadakan pada 13 April 2020. Sumbangan ini amat bermakna kepada DBKK khususnya petugas-petugas barisan hadapan DBKK dan perkhidmatan kebersihan yang diberikan kepada masyarakat Bandaraya sepanjang PKP.  
 
DBKK berharap usaha baik ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.