DBKK merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada SinaLand atas sumbangan berupa topeng muka dan juga kepada Chua Kah Seng (CKS) Supermarket Sdn Bhd atas sumbangan agen pembersih untuk barisan hadapan DBKK bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
 
 
 
Gambar 2: Encik Ivan Chua mewakili CKS Supermarket Sdn Bhd  menyerahkan sumbangan agen pembersih kepada YBhg Datuk Hj Nordin Siman, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir Encik Dennis Chia Loong, Ahli Lembaga Penasihat DBKK, Puan Noorliza Awang Alip, Ketua Pengarah DBKK dan Puan Lizawana Matin, Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam DBKK.
 
Penyerahan sumbangan ini telah diadakan pada 14 April 2020 (SinaLand) dan 15 April 2020 (CKS) di hadapan bangunan DBKK. Sumbangan ini amat bermakna kepada DBKK khususnya petugas-petugas barisan hadapan DBKK dan perkhidmatan kebersihan yang diberikan kepada masyarakat Bandaraya sepanjang PKP.

ePlanning Permission

eppbanner