Orang ramai dijemput untuk menyaksikan dan memeriahkan Sambutan Hari Pahlawan dan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 31 Julai 2022 (Ahad), 6.30 pagi di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Terdapat Persembahan Khas oleh Tentera Darat Malaysia, Persembahan Pancaragam oleh Tentera Laut Diraja Malaysia, Perbarisan oleh Badan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi dan pameran dari :-
1. Tentera Darat Malaysia
2. Tentera Laut Diraja Malaysia
3. Polis Diraja Malaysia
4. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
5. Jabatan Muzium Sabah
serta Kempen Derma Darah oleh Hospital Queen Elizabeth II dan saringan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Jumpa anda di sana..