Semua dijemput hadir untuk memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos 2022 (Rabu), 6.30 pagi di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.
Orang awam boleh menyaksikan:-
1. Istiadat Perbarisan daripada Badan Beruniform, Badan Bukan Kerajaan dan pelbagai agensi Kerajaan
2. Persembahan Koir daripada gabungan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah Credit Corporation
3. Penyampaian Anugerah Khas Hari Kebangsaan Negeri Sabah
4. Persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh Tentera Darat Malaysia
5. Persembahan Khas oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Jumpa anda di sana..