KOPDBKK mengucapkan takziah kepada Puan Rashidah Sharin atas pemergian ibunya ke Rahmatullah pada 16 April yang lepas. Biro Kebajikan Koperasi telah menyampaikan sumbangan kebajikan sebanyak RM300 kepada Puan Rashidah yang merupakan anggota koperasi. Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Biro Kebajikan Puan Dygku Aneeta Pg. Ag. Khamis pada 26 April 2019.