Hari Tandas Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2023
Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu Tahun 2023 telah diadakan pada 19 November 2023 di Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu. Sambutan ini merupakan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu, bertemakan ‘Tandas Bersih, Komuniti Sejahtera’.
Acara perasmian sambutan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Abidin Madingkir, JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Bertanggungjawab Kepada DBKK. Turut hadir sama adalah YBhg. Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu; YBhg. Datuk Hajah Maznah Abdul Ghani, Pengerusi, Koperasi Wanita Kota Kinabalu Berhad (KOWANI), mewakili YBhg. Datuk Nancy Ho, Pengerusi ‘Love Healthy KK’; Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK selaku Pengerusi Pelaksana Program; Puan Rosnah Datu Tumai, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) DBKK; Encik Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu dan Dr. Andrew Chin, Pegawai Perubatan, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, mewakili Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti pertandingan dan penarafan kebersihan tandas melibatkan 11 buah sekolah rendah, 5 buah sekolah menengah dan 10 buah pusat beli belah.