Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Ke-7 Sesi 2019/2020
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPDBKK bagi sesi tahun 2019/2020 telah diadakan pada 13 November 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan mencatatkan kehadiran seramai 202 anggota koperasi. Turut hadir dalam MAT ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Sektor Kewangan DBKK, Puan Dorin Datuk Thomas Stuel selaku wakil kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Mesyuarat turut mengalu-alukan wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Encik Datu Mohd. Rais Aslam Datu Jamigul dan Puan Shirley Nasun.