Kursus Kemahiran Memerhati Burung dan Pemuliharaan Alam Sekitar di kawasan Sub Urban Bandaraya Kota Kinabalu
Buat julung kalinya Kursus Kemahiran Memerhati Burung dan Pemuliharaan Alam Sekitar di kawasan Sub Urban Bandaraya Kota Kinabalu anjuran DBKK selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Pelancongan Edu-Kolonsunan, Kg. Kolonsunan Inanam pada 3 hingga 5 November 2023 dengan kerjasama Taman-taman Sabah.
Sebanyak 20 peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada komuniti Kg. Kolonsunan, Kg. Babagon Toki, Kg. Binaung Baru, Homestay Desa Cinta Kobuni Inanam dan Homestay Darau Wetland. Selain daripada sesi taklimat yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Taman-Taman Sabah, sesi latihan amali juga diadakan di sekitar laluan rentis hutan di kampung tersebut. Hasil daripada latihan amali yang dibuat selama 5 jam dalam tempoh kursus ini diadakan, sebanyak lebih kurang 84 spesis burungtelah ditemui yang mana daripada jumlah spesis ini, 12 spesis adalah endemik , manakala sebanyak 3 spesis adalah burung pengembara.