PENDAHULUAN
Jabatan Penilaian adalah jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja penilaian ke atas hartanah berkadar untuk tujuan cukai kadaran dan pengemaskinian maklumat hartanah berkadar bagi keseluruhan Kawasan Operasi DBKK. Jabatan Penilaian mempunyai 33 anggota kakitangan, dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian Penilaian Hartanah dan Bahagian Pengurusan Operasi Penilaian.
VISI
Menjadi Jabatan Penilaian utama di dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan yang efisien, berorientasikan teknologi maklumat, telus dan professional di Malaysia Timur menjelang tahun 2025.
MISI
- Meningkatkan hasil menerusi cukai kadaran;
- Mengurus dan mengemaskini pangkalan data hartanah berkadar;
- Menyumbang dalam menambah baik pendekatan/ kaedah/ standard penilaian khususnya di peringkat Kerajaan Tempatan; dan
- Mencari pendekatan yang lebih meluas bagi memperolehi faedah daripada penggunaan tanah yang optimum.
FUNGSI JABATAN
Bahagian Penilaian Hartanah
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Bahagian X serta Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan.
- Bertanggungjawab menyediakan Perintah Kadar Tahunan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
- Bertanggungjawab menambah baik kaedah, pendekatan serta standard bidang penilaian terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.
- Bertanggungjawab mencari sumber hasil pendapatan alternatif yang wujud atas penggunaan tanah secara optimum.
Bahagian Pengurusan Operasi Penilaian
- Bertanggungjawab menyimpan, menyelenggara dan mengemaskini semua maklumat hartanah berkadar yang dihasilkan serta digunakan oleh Jabatan Penilaian.
- Bertanggungjawab memastikan aktiviti kerja di Jabatan Penilaian berjalan dengan lancar.
- Bertanggungjawab memastikan kakitangan, Jabatan Penilaian mendapat pendedahan serta latihan/kursus teknikal yang bersesuaian dan dalam masa yang sama memantau prestasi mereka.
- Bertanggungjawab menghasilkan/mencetak borang/dokumen rasmi yang digunakan oleh Jabatan Penilaian.
PIAGAM PELANGGAN
Tempoh penilaian ke atas hartanah yang baru (yang mempunyai maklumat lengkap) menerima Sijil Menduduki (Occupation – O.c) serta tanah kosong adalah seperti berikut:-
- Tanah Kosong : 7 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Kediaman : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Komersial : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
- Hartanah Perindustrian : 30 hari bekerja dari tarikh lawat periksa
CARTA ORGANISASI JABATAN
Berkuatkuasa pada 01.10.2019, Pengarah Jabatan Penilaian iaitu Encik Lifred Wong telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Puan Abby Mae Joe telah dilantik untuk menanggung kerja sebagai Ketua Jabatan Penilaian.
KAWASAN PERKADARAN DBKK
Kawasan Perkadaran DBKK adalah meliputi keseluruhan kawasan daerah yang secara amnya dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kawasan Operasi (Kawasan yang dikenakan cukai) dan Kawasan Kawalan (kawasan yang belum dikenakan cukai).
Peta: Kawasan Perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Kawasan | Keluasan |
Kawasan Daerah Kota Kinabalu |
366.03 Sq.Km |
Kawasan Operasi |
108.90 Sq.Km |
Kawasan Kawalan |
Kawasan Darat : 235.32 Sq.Km |
BILANGAN HARTANAH BERKADAR DAN CARUMAN BANTU KADAR
Jumlah pegangan Hartanah Berkadar Pensendirian DBKK pada tahun 2020 adalah seperti berikut:-
Jenis Hartanah |
Jumlah pegangan Hartanah Berkadar Pensendirian |
Komersil |
21,026 |
Industrial |
3,423 |
Kediaman |
70,226 |
Tanah Kosong |
3,967 |
Jumlah Keseluruhan |
98,642 |
Carta Pegangan Hartanah Berkadar Pensendirian dan Caruman Bantu Kadar DBKK
KADAR CUKAI TAKSIRAN
Kadar Cukai Taksiran yang dikenakan ke atas Hartanah Berkadar DBKK yang digunapakai pada tahun 2019 adalah seperti berikut:-
Bahagian |
Jenis Hartanah |
Cukai Am |
Cukai Pembentungan |
Bandar |
Komersial |
26 % |
1% |
20% |
- |
||
Industri |
26 % |
1% |
|
20% |
- |
||
Kediaman |
26 % |
1% |
|
20% |
- |
||
Tanah Kosong |
18% |
||
Luar Bandar |
Komersial |
21 % |
1% |
15% |
- |
||
Industri |
21 % |
1% |
|
15% |
- |
||
Kediaman |
13 % |
1% |
|
7% |
- |
||
Tanah Kosong |
5% |
||
Kawasan Perkadaran Baru |
Komersial |
11 % |
1% |
10% |
- |
||
Industri |
11 % |
1% |
|
10% |
- |
||
Kediaman |
7 % |
1% |
|
6% |
- |
||
Tanah Kosong |
2% |
Jadual : Kadar Cukai Taksiran Hartanah Persendirian, DBKK
POLISI/ GARIS PANDUAN / KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI OLEH JABATAN PENILAIAN
- Bahagian X, Bahagian XI, Bahagian XII dan Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Rating, Cesses, Recovery Of Rates & Other Amount Due)
- Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan (Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta Persekutuan dan Negeri)
- Kota Kinabalu Municipal Council Instrument, 1978
- Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu 1996