PENDAHULUAN

Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian Pelaksanaan & Pentadbiran, Bahagian Penyelenggaraan & Sokongan dan Bahagian Multimedia & Web.

OBJEKTIF JABATAN
Memperkasakan inovasi ICT ke arah menyepadukan proses merentas jabatan selaras halatuju pendigitalan organisasi untuk meningkatkan kegirangan pelanggan


FUNGSI UTAMA JABATAN

  • Mengawal pelaksanaan dasar teknologi maklumat organisasi
  • Menyediakan dan memastikan keselamatan sistem rangkaian dan pusat data sentiasa terpelihara
  • Menyediakan dan memastikan infrastruktur teknologi maklumat organisasi sentiasa terpelihara
  • Menyediakan kemudahan ICT selaras dengan keperluan jabatan
  • Merancang, membangun, mengurus, melaksana dan menyelenggara sistem ICT yang menyokong operasi organisasi
  • Merancang dan menyelenggara perkakasan ICT
  • Melaksanakan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian organisasi


PIAGAM PELANGGAN

  1. Komitmen kami adalah sentiasa bersedia memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat
  2. Tempoh mengambil tindakan ke atas masalah  komputer  -  60 minit
    • Komputer dan Pencetak - 5 hari
    • Desktop Application - 1 hari
  3. Tempoh memberi keputusan permohonan perkakasan dan perisian komputer
  4. Tempoh memproses permintaan paparan dalam laman web – 5 hari
FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM JABATAN
Bahagian Pelaksanaan & Pentadbiran (BPP) Bahagian Penyelenggaraan & Sokongan (BPS) Bahagian Multimedia & Web (BMW)
  • Mengurus dan Melaksanakan dan Memantau Projek ICT
  • Mengurus Permohonan Perkakasan dan Perisian ICT
  • Mengurus Perolehan ICT
  • Merancang dan Melaksanakan Dasar ICT
  • Mengurus dan Mentadbir Hal Ehwal Jabatan
  • Memastikan Keselamatan dan Kesinambungan Sistem ICT
  • Menyediakan Khidmat Sokongan ICT
  • Mengurus dan Menyelenggara Perkakasan dan Perisian ICT
  • Mengurus Perbekalan ICT
  • Mengurus Aset dan Inventori ICT (Pembekalan dan Pelupusan)
  • Mengurus Keperluan Internet dan Sistem Rangkaian
  • Mengurus dan Menyelenggara Laman Web
  • Memberi Perkhidmatan Sokongan Multimedia
  • Menyediakan Kemudahan Peralatan Multimedia (Pinjaman)