FUNGSI BAHAGIAN
1.Pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996, Akta Kilang dan Jentera 1967, ICOP, dan Garis Panduan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
2.Mengadakan pemeriksaan ruang kerja dan memberikan cadangan kepada pengurusan tertinggi dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anggota terpelihara.
3.Memberikan nasihat perundangan kepada pengurusan berhubung Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996, Akta Kilang dan Jentera 1967, ICOP, dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
4.Membantu dan mengatur Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia untuk mengadakan audit keselamatan dan kesihatan.
5.Memberikan nasihat kepada anggota mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1996.
6.Membantu anggota yang terlibat dengan kemalangan dalam mengadakan tuntutan PERKESO dan Tabung Kebajikan.
7.Memberikan nasihat kepada pengurusan berhubung latihan / kompetensi untuk anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang mengadakan aktiviti kerja berisiko.
8.Mengadakan pembelian dan agihan peralatan perlindungan diri kepada anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
9.Penyelaras COVID-19 keselamatan dan kesihatan pekerjaan anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, tempat kerja dan pelawat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.