1.0  PENGENALAN

Jabatan Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa (JPePA) telah dinaik taraf pada 01 Oktober 2019 daripada Biro kepada Jabatan di bawah Pejabat Mayor yang dahulunya dikenali sebagai Biro Ekonomi, Pelancongan Dan Perhubungan Antarabangsa (BEPPA).

2.0  VISI

Membangunkan dan mempromosikan Bandaraya Kota Kinabalu Malaysia di peringkat global sebagai destinasi mesra pelancongan dan ekonomi berdaya saing menjelang tahun 2030.


3.0
 MISI

Memacu sektor pelancongan bertaraf antarabangsa sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi yang mampan serta memperkasa, memelihara alam sekitar dan penglibatan komuniti.


4.0
 PIAGAM PELANGGAN

JPePA berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti dan komited di dalam melaksanakan tanggungjawab.


5.0
  OBJEKTIF JPePA

Objektif utama JPePA adalah seperti berikut:

  1. Mempromosi sektor pelancongan bandaraya Kota Kinabalu dengan lebih efektif melalui perancangan, pemantauan dan penilaian yang berterusan.
  2. Membangunkan produk pelancongan yang memberikan manfaat kepada penduduk setempat.
  3. Mengadakan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta dalam membina serta memacu pembangunan ekonomi Bandaraya Kota Kinabalu.
  4. Melaksanakan usaha dalam menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam bandaraya Kota Kinabalu.
  5. Melaksanakan hubungan kerjasama dua hala di peringkat antarabangsa melalui Sister Cities/ Friendship Citiesdengan lebih efektif dan memberi manfaat kepada Bandaraya.
  6. Menyelaras dan melaksanakan program Tourism Promotion Organization(TPO) peringkat Bandaraya Kota Kinabalu dengan lebih aktif.

Urusetia kepada beberapa Jawatankuasa seperti berikut:

  1. JawatankuasaPelancongan dan Perhubungan Antarabangsa, Kota Kinabalu
  2. Jawatankuasa Tertinggi Pelancongan Inanam (UITA), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  3. Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Program Sister City, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  4. Jawatankuasa Tapak Bersejarah, Dewan BandarayaKota Kinabalu