Pada 18 Jun 2020, DBKK telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Fakulti Sains dan Sumber Alam, UMS bagi menjalinkan persefahaman mengenai projek Kitar Semula Botol 'Hand Sanitizer' Terpakai.

MoU ditandatangani Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Hj Nordin Siman dan Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) UMS, Prof. Dr Baba Musta. Majlis turut disaksikan oleh Assoc. Prof. Dr. How Siew Eng dan Dr Sani dari FSSA, UMS. Turut juga hadir Puan Rosnah Datu Tumai, Pengarah Jabatan Perundangan, Encik Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Puan Lizawana Matin, Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK.