Program Bicara Inovasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah diadakan pada 26 April 2022 (Selasa), jam 9.30 pagi secara langsung di Youtube DBKK Official.

Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, Program Bicara Inovasi anjuran Jawatankuasa Induk Pemandu Inovasi DBKK ini diadakan bagi menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai salah satu agenda negara khususnya dalam mentransformasikan sektor awam.

YBhg. Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah merasmikan program ini bersama Penceramah Jemputan, YBhg. Puan Engku Nasmira Binti Raja Omar, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik Dan Arkitektur ICT (MAMPU) dan YBhg. Ts. Dr. Ramzah Dambul, Chief Executive Officer, Institute For Development Studies (SABAH). Turut hadir adalah pegawai dan kakitangan DBKK.

Objektif penganjuran Program Bicara Inovasi ini adalah untuk memperkasakan warga DBKK melalui pembudayaan Inovatif, Efektif dan Efisien di dalam perkhidmatan mereka sebagai penjawat awam. Pelaksanaan idea inovasi dan kreatif ini akan membantu DBKK untuk mencapai Visi KK Sejahtera didokong oleh Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2020 dan Sustainable Development Goals (SDGs).

Penganjuran Program Bicara Inovasi ini juga menunjukkan komitmen warga kerja DBKK untuk terus membudayakan inovasi dalam tugas seharian.