×

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/Koperasi/MesyuaratAgung/ke6

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOPDBKK bagi sesi tahun 2018/2019 telah diadakan pada 29 Januari 2019 yang lepas bertempat di Dewan Mesyuarat DBKK dan dihadiri oleh 126 anggota koperasi. Turut hadir dalam MAT ini ialah tetamu kehormat, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman dan wakil Suruhanjaya

Koperasi Malaysia (SKM), Encik Mohd. Kamri Mustapha dan Puan Shirley Nasun.
Dalam ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau, beliau memaklumkan bahawa MAT ke-6 ini telah dirancang untuk diadakan pada bulan Jun 2018 akan tetapi terpaksa ditunda ke tahun 2019 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, penundaan tersebut telah dimaklumkan dan mendapat kebenaran dari pihak SKM. Beliau turut mengumumkan pengurangan sinking fund amaun pinjaman dari 5% kepada 3% bagi mengurangkan beban ke atas anggota koperasi yang ingin membuat pinjaman. MAT telah turut diserikan dengan ucapan amanat dari Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.
Turut memeriahkan MAT kali ini ialah sesi penyampaian dividen serta hadiah cabutan bertuah insentif anggota baharu koperasi. Semua anggota turut disajikan dengan jamuan makan sebelum sesi mesyuarat bermula.

Sesi MAT kali ini telah dipengerusikan oleh Encik Albert Joseph Lintanga dan akaun teraudit koperasi telah dibentangkan oleh Bendahari Koperasi, Puan Faridah Dullah. Sebanyak 16 Usul telah dibincangkan di dalam MAT kali ini. Mesyuarat sebulat suara menerima 2 daripada usul tersebut, manakala 14 lagi telah dipersetujui untuk dibincangkan dengan lebih lanjut dalam mesyuarat ALK Sesi 2019. Sesi pengguguran dan pengundian Ahli Lembaga Koperasi (ALK)telah turut dilaksanakan. ALK bagi sesi 2018/2019 adalah seramai 15 orang iaitu Datuk Joannes Solidau, Encik Robert Lipon, Puan Faradillah Hj. Abdul Rani, Puan Fauziahton Ag. Samad, Puan Nazirah Uda, Encik Albert Joseph Lintanga, Puan Faridah Dullah, Puan Salmah Aplasin, Puan Dgku Hassanah Pg. Bagul, Puan Maureen Sylvester Ajie, Puan Dk. Aneeta Pg. A. Khamis, Puan Norah Yacob, Puan Glorie Diana Joseph, Encik Dzulfisran Abdullah dan Puan Nur Syafura Anuar Hamdan.
Mesyuarat yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1.00 petang ini diakhiri dengan pembayaran elaun kehadiran kepada semua yang hadir.

{gallery}Koperasi/MesyuaratAgung/ke6{/gallery}