×

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/Koperasi/Lawatan

KOPDBKK telah menerima lawatan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 10 Julai 2019. Wakil dari SKM seramai 4 orang diketuai oleh Encik Mohd. Kamri Mustapha. KOPDBKK sebelum ini telah mengemukakan permohonan pembiayaan kepada SKM untuk meningkatkan Tabung Modal Pusingan Koperasi.

Pembiayaan ini akan membolehkan KOPDBKK memberikan perkhidmatan pinjaman wang kepada lebih ramai anggota koperasi. Lawatan oleh pihak SKM pada hari ini bertujuan untuk memberi penerangan ke atas proses dan dokumentasi yang perlu dilengkapkan bagi pembiayaan Tabung Modal Pusingan tersebut. Penerangan telah disampaikan oleh Encik Mustafa Kamal Mohd. Nor, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembiayaan & Kawalan Kredit SKM Malaysia. Seramai 12 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) DBKK yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi KOPDBKK, Encik Robert Lipon telah hadir untuk mendengar taklimat dan memberikan maklumbalas kepada pihak SKM. Lawatan diakhiri dengan jamuan makan tengahari. Susulan lawatan ini, para ALK seterusnya telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan penyediaan dokumentasi yang telah digariskan oleh pihak SKM serta persiapan untuk sambutan ulang tahun ke-8 KOPDBKK.

{gallery}Koperasi/Lawatan{/gallery}