JABATAN LANDSKAP
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

PENGENALAN

Jabatan Landskap ditubuhkan pada 01 JANUARI 2004.

Sebelum ini, Jabatan landskap hanya sebuah unit di bawah Jabatan Perancang Bandaraya. Sejajar dengan perkembangan Kota Kinabalu dinaiktaraf sebagai bandaraya Kota Kinabalu dan skop kerja semakin meluas, Unit Landskap dinaiktaraf sebagai satu Jabatan.

Jabatan Landskap secara keseluruhannya mempunyai 263 orang kakitangan dengan kekuatan 207 orang kakitangan lapangan yang melaksanakan pelbagai kerja-kerja peryelenggaraan.

VISI
Ke arah Persekitaran landskap yang berkualiti, mampan dan beridentitikan Sabah.

MISI
Memastikan Pembangunan Landskap yang terancang serta perkhidmatan yang efisien dan mesra insan.

Objektif 

  1. Melaksanakan perancangan dan pembangunan landskap berdasarkan Pelan Induk Landskap Kota Kinabalu
  2. Merancang dan merekabentuk projek landskap dengan menerapkan unsur-unsur senireka, budaya dan tradisi tempatan yang memenuhi keperluan masa kini.
  3. Merancang dan mengurus sumber alam bagi meningkatkan kualiti emeniti bandar dan luar Bandar
  4. Menyediakan kawasan hijau dan jaluran hijau sebagai komponen utama di kawasan perbandaran
  5. Menyediakan Garis Panduan Perancangan dan Senireka Landskap yang merangkumi aspek pemuliharaan kawasan semulajadi dan bersejarah
  6. Menyediakan Garis Panduan Pemeliharaan Pokok bagi pemeliharaan pokok sekitar Kota Kinabalu
  7. Membangun, menyelenggara dan memperindahkan tempat-tempat tumpuan dan taman-taman awam
  8. Berkerjasama dengan pihak kerajaan dan agensi swasta sebagai rakan strategik dalam membangunkan Bandaraya Kota Kinabalu


Fungsi

  1. Perancangan dan Pembangunan Landskap
  2. Proses Kelulusan Pelan Landskap, Pelan Pembangunan, Sokongan OC & Serah Tapak
  3. Pengurusan & Penyelenggaraan Landskap
  4. Pengurusan & Penyelenggaraan Taman Awam
  5. Pengurusan & Penyelenggaraan ‘Hardscape’ & Peralatan Permainan Kanak-Kanak
  6. Pemotongan Rumput
  7. Pembersihan Parit
  8. Pengurusan Tapak Semaian
  9. Pengurusan Program Landskap
  10. Pengurusan kakitangan Landskap
  11. Hiasan Rasmi Kerajaan

BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK & KONTRAK LANDSKAP

  1. UNIT PENGURUSAN PROJEK
  • Menyediakan Permohonan Peruntukan Pembangunan Landskap
  • Laporan Perancangan & Perlaksanaan projek
  • Memantau Projek Pembangunan Landskap
  • Menyelaras keperluan pengurusan & teknikal agensi dan pihak terlibat
  • Memohon peruntukan dengan Kerajaan Negeri& Jabatan Landskap Negara
  1. UNIT KONTRAK LANDSKAP
  • Memantau Kontrak landskap Jalan-jalan Utama
  • Mengesahkan dan Memproses tuntutan Kontraktor
  • Menyediakan Pelan Landskap Jalan-jalan Utama
  • Menyelaras Aduan Awam dengan Agensi –agensi Kerajaan dan swasta
  1. UNIT INVENTORI DAN TANAMAN
  • Menjalankan Kerja-kerja Inventori Pokok
  • Menjalankan Pemeriksaan dan Penilaian Kesihatan Pokok-pokok Berisiko
  • Menyelenggara anak pokok dan tanaman hiasan secara berjadual di jalan-jalan utama, taman-taman perumahan, kawasan lapang, pekan-pekan kecil, kawasan industri dan kawasan komersial.
  • Bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja kekemasan am semasa acara peringkat DBKK atau Negeri.

BAHAGIAN PENGURUSAN NURSERI

  1. UNIT PENYELENGGARAAN POKOK
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok milik DBKK.
  • Menyelesaikan aduan awam berkenaan pokok
  • Menyelaras pasukan kecemasan Jabatan Landskap
  • Menyelesaikan aduan pokok tumbang semasa bencana alam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu
  • Membersih tumbuhan liar di bangunan kedai
  1. UNIT KEKEMASAN KAWASAN LAPANG
  • Bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja kekemasan am dan pembersihan sisa kebun di kawasan lapang taman perumahan secara berjadual
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan awam berkenaan dengan sisa kebun
  1. UNIT PENGURUSAN ASET NURSERI
  • Mengurus dan mengemaskini inventori peralatan stor dan aset
  • Mengurus dan membaiki mesin dan jentera operasi
  1. UNIT TAPAK SEMAIAN
  • Kerja-kerja penyelenggaraan tapak semaian
  • Pembenihan tanaman
  • Membantu kerja-kerja hiasan landskap bagi acara DBKK atau acara Rasmi Kerajaan

BAHAGIAN PENGURUSAN TAMAN AWAM

  1. UNIT REKABENTUK
  • Merancang dan menyediakan pelan rekabentuk landskap bagi projek naiktaraf dan pengindahan landskap.
  • Merancang dan menyediakan rekabentuk projek landskap di kawasanpusat bandaraya, pekan-pekan kecil, bandar baru, kawasan lapang, taman awam dan jalan-jalan utama.
  • Menyediakan pelan rekabentuk, lukisan pembinaan dan BQ.
  • Menyediakan pelan rekabentuk perhiasan landskap acara rasmi.
  1. UNIT TAMAN-TAMAN AWAM
  • Menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Taman-taman Awam
  • Menguruskan Kontrak Penyelenggaraan Taman Awam
  • Menyediakan Pelan Perancangan Naiktaraf Taman Awam
  • Memantau keselamatan Kemudahan Taman dan Orang Awam
  • Menjalankan kerja-kerja pembaikan dan Naik taraf Tamansecara In-house
  • Memantau kerja-kerja pembaikan kontraktor di kawasan Taman Awam
  • Mengurus Tempahan Penggunaan Taman dan Acara-acara di Kawasan Taman
  • Menyediakan dan mengemaskini Inventori Tanaman dan Kemudahan Rekreasi
  • Mengurus dan menyelesaikan Aduan Awam dalam taman

BAHAGIAN PENYELENGGARAAN RUMPUT DAN KEKEMASAN AM

  1. UNIT KONTRAK RUMPUT
  • Memantau kerja-kerja Perkhidmatan Kontrak Pemotongan Rumput
  • Mengesahkan dan memproses Tuntutan Kontraktor
  • Menyediakan Anggaran Peruntukan Tahunan
  • Menyelaras permohonan peruntukan Negeri dan Persekutuan
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan awam berkenaan dengan rumput
  1. UNIT KEMASAN AM
  • Kerja-kerja pemotongan rumput bagi kawasan yang belum dikontrakkan dan kawasan-kawasan acara
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan awam berkenaan dengan rumput panjang
  • Kerja-kerja pembersihan rumpai atau rumput liar di kawasan CBD
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan awam berkenaan dengan rumpai
  1. UNIT LOT TERBIAR
  • Menyelaras aduan awam berkaitan dengan lot terbiar/ lot persendirian
  • Menyediakan notis kepada pemilik tanah
  1. UNIT KHAS
  • Membantu semasa bencana alam
  • Membantu dalam menyediakan prop hiasan landskap
  • Melaksanakan aduan awamdan aduan kecemasan mengikut arahan pengurusan secara ad-hoc dan ‘urgent’.
  • Membersihkan pokok liar dansemak samun di kawasan pusat bandar, jalan-jalan utama, kedai dan taman perumahan.
  • Menjalankan kerja-kerja sanitasi di pejabat-pejabat DBKK.

BAHAGIAN KELULUSAN LANDSKAP DAN PENTADBIRAN

  1. UNIT KAWALAN PEMBANGUNAN
  • Memproses Pelan Landskap
  • Memberi ulasan landskap dalam Pelan Pembangunan
  • Memproses dan memberi sokongan OC (Sijil Layak Menduduki)
  • Mengurus Proses Serah Tapak untuk Penyelenggaraan landskap
  • Menyelaras permohonan izin lalu/ wayleave 
  • Mengurus permohonan penyelenggaraan pokok
  • Menyelaras aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Green KK
  • Menguatkuasakan Garis Panduan Kelulusan Pelan Landskap
  1. UNIT PENTADBIRAN
  • Mengurus hal-ehwal Pentadbiran Jabatan
  • Menyelaras Penyediaan Anggaran Peruntukan Tahunan
  • Mengurus dan menyelaras Peruntukan Jabatan
  • Menyelaras Permohonan Peruntukan Negeri dan Federal
  • Mengurus dan menyelaras Aduan Awam
  • Memantau dan Memastikan keceriaan, kebersihan dan keselamatan Pejabat  
  1. UNIT ADUAN JABATAN
  • Mengurus dan menyelaras Aduan Awam
  • Mengurus dan menyelaras Penemuan UCI (Unit Common Inspectorat)

BAHAGIAN PENGURUSAN KAWASAN LAPANG DAN PARIT

  1. UNIT LANDSKAP KEJUR
  • Memantau dan Memeriksa Taman Permainan Di Kawasan Perumahan
  • Menguruskan dan memantau Kontrak Penyelenggaraan Taman permainan  
  • Menyediakan Pelan Perancangan Naiktaraf dan Kerja-kerja Kecil pembaikan Taman Permainan
  • Menjalankan kerja-kerja pembaikan peralatan permainan secara In-house
  • Menyediakan dan mengemaskini Inventori Kemudahan Rekreasi Taman Permainan
  • Mengurus dan menyelesaikan Aduan Awam dalam Taman Permainan
  1. UNIT PEMBERSIHAN PARIT
  • Menjalankan Kerja-kerja Pembersihan Parit Taman Perumahan dankawasan komersil
  • Menguruskan dan memantau Kontrak Penyelenggaraan Parit
  • Mengurus Dan menyelesaikan Aduan Awam berkenaan dengan parit