JABATAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU


PENDAHULUAN
Penaiktarafan Majlis Perbandaran Kota Kinabalu (MPKK) kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2000 menjadikan Pejabat Timbalan Presiden MPKK turut dinaik taraf daripada Pejabat Pembangunan Luar Bandar kepada Jabatan Pengurusan Awam (JPA). Seterusnya, jabatan ini telah ditukar nama kepada Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Awam dan Perkhidmatan Luar Bandar serta kemudiannya diberi nama baharu sekali lagi kepada Jabatan Pengurusan Sub Urban (JPSU) pada 11 Ogos 2004. Mulai tahun 2016, jabatan ini telah ditukar nama lagi dan dikenali sebagai Jabatan Kesejahteraan Masyarakat yang diguna pakai sehingga kini.

Jabatan ini bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan kawasan pinggir dan luar bandar serta kawasan kepulauan daerah Kota Kinabalu termasuk melaksanakan program pembangunan serta program pembasmian kemiskinan.

VISI
Menjadi peneraju pentadbiran daerah untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar.

MISI
Meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar secara menyeluruh melalui tadbir urus yang lebih baik, cepat, cekap dan berhemah.

OBJEKTIF
Merancang, melaksana dan memantau tadbir urus kawasan luar dan pinggir bandar dengan sistematik dan berkesan.

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Bahagian Pentadbiran

1.1 Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran luar bandar, pinggir bandar dan kawasan kepulauan bandaraya Kota Kinabalu;

1.2 Menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengesanan pelaksanaan dasar dan program/projek pembangunan yang dibawa dalam mesyuarat Jawatankuasa  Tindakan Pembangunan Daerah;

1.3 Mengemas kini Sistem Aplikasi Profil Kampung dibawah pentadbiran daerah Kota Kinabalu;

1.4 Menyelaras syor dan memperaku syor pelantikan, penyambungan dan penamatan  jawatan Ketua Adat (Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat Cina);

1.5 Menyelaras,melaksana dan memantau pengurusan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB);

1.6 Membantu menyelaras pengurusan bencana daerah seperti PKOB, PPS dan bantuan;

1.7 Memproses pengesahan permohonan bekalan air dan elektrik bagi kampung warta;

1.8 Memproses dan menyampaikan aduan kepada Bahagian/Unit yang berkenaan untuk tindakan;

  1. Bahagian Pembangunan

2.1 Menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan program/projek pembangunan luar bandar dibawah peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan;

2.2 Menyelaras perancangan pelaksanaan program/projek pembangunan luar bandar, membuat penilaian kebolehlaksanaan suatu projek dan penyediaan analisis projek yang  telah dilaksanakan;

2.3 Menyelaras lawatan tapak sebelum, semasa dan selepas termasuk lawatan naziran oleh agensi pemberi peruntukan dan penyediaan laporan lawatan tapak;

2.4 Menyelaras penyediaan skop, spesifikasi dan senarai kuantiti serta lukisan dan perincian projek;

2.5 Menyelaras permohonan peruntukan bagi program/projek pembangunan luar bandar dan juga di kawasan Dewan Undangan Negeri dibawah pentadbiran DBKK;

2.6 Menyelaras pelaksanaan perolehan pembelian/rundingan terus, sebut harga dan tender termasuk permohonan pengecualian daripada tatacara sebut harga/tender bagi projek dibawah peruntukan DBKK, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang dikendalikan oleh jabatan;

2.7 Menyelaras dan memantau pelaksanaan program/projek dibawah peruntukan DBKK, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang dikendalikan oleh jabatan;

2.8 Menyelaras penyediaan laporan prestasi pelaksanaan projek yang lengkap dan dikemaskini termasuk laporan pelaksanaan projek sakit (jika ada);

2.9 Memberi khidmat nasihat pentadbiran kontrak dan pengurusan program/projek pembangunan luar bandar dan juga di kawasan Dewan Undangan Negeri dibawah pentadbiran DBKK;

  1. Bahagian Pembasmian Kemiskinan

3.1 Menyelaras, melaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan bandar dan luar bandar;

3.2 Menyelaras Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seperti Program Rumah Sejahtera Bina Baharu dan Baik Pulih;

3.3 Menyelaras Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) seperti Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Bina Baharu dan Baik Pulih;

3.4 Menyelaras penapisan dan pengesahan permohonan daftar baharu e-Kasih daerah Kota Kinabalu bersama pemimpin masyarakat dan agensi-agensi lain;

3.5 Menyelaras proses pendaftaran dan verifikasi e-Kasih termasuk melaksanakan program  hebahan e-Kasih melalui sesi taklimat dan kaunter mobil;

  1. Urus Setia Peringkat Daerah

4.1 Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah dengan peranan memperkukuh jentera penyelarasan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengesanan pelaksanaan dasar dan program/projek pembangunan;

4.2 Jawatankuasa Tapisan Pelantian Ketua Adat Daerah dengan peranan memperakukan syor pelantikan, penyambungan dan penamatan Ketua Adat;

4.3 Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dengan peranan menyelaras dan mengurus Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan bantuan-bantuan;

4.4 Jawatankuasa Pemegang Amanah Daerah dengan peranan menyelaras dan memperakukan permohonan lot baharu dan pertukaran penama lot tanah kampung rizab;

4.5 Jawatankuasa Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah dengan peranan bertindak sebagai kumpulan kerja dan menjurus kepada pencapaian matlamat pembasmian kemiskinan


PIAGAM PELANGGAN

Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan perkhidmatan yang Mesra, Cekap, Amanah dan Berintergriti dalam memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran kami. Serta melayani pelanggan dengan mesra, bersopan dan memberikan maklum balas dengan serta merta. Kami seluruh warga Jabatan Kesejahteraan Masyarakat DBKK akan;

  1. Memproses pengesahan permohonan bekalan elektrik dan air dalam tempoh (7) tujuh hari;
  1. Memproses dan menyampaikan aduan kepada Bahagian yang berkenaan dalam tempoh 24 jam;
  1. Menyelesaikan aduan awam dalam tempoh yang munasabah;
  1. Memproses permohonan pengesahan projek dan Senarai Kuantiti dalam tempoh (14) empat belas hari;
  1. Mengeluarkan surat tawaran dan Perintah Kerja Am/Pesanan Pembelian dalam tempoh (7) tujuh hari selepas kelulusan diperolehi;
  1. Memproses permohonan Arahan Perubahan dan Lanjutan Masa dalam tempoh 14 hari;
  1. Memproses invois dan tuntutan pembayaran projek dalam tempoh (14) empat belas hari;
  1. Membuat semakan e-Kasih dan memberikan maklum balas status pendaftaran dengan serta-merta;
  1. Menyiapkan minit-minit mesyuarat dalam tempoh (7) tujuh hari;
  1. Menjawab surat daripada orang awam, jabatan dalam dan luar DBKK dalam tempoh (7) tujuh