1. Bahagian Pelan Bangunan
Penerimaan dan pemerosesan pelan-pelan bangunan dijalankan oleh Bahagian ini dan pemerosesan melalui Jawatankuasa Pelan Bangunan semasa di bawah Majlis Perbandaran telah ditukar melalui pemerosesan dalaman berdasarkan kuasa yang diperuntukan kepada Mayor Bandaraya.

2. Bahagian Sijil Kelayakan Menduduki bangunan (OC-Occupation Of Certificate)
Bahagian ini juga telah menerima peralihan tanggungjawab untuk memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (OC) daripada Jabatan Kejuruteraan dan jadual di bawah menunjukkan statistik bagi sijil-sijil menduduki bangunan yang telah dikeluarkan bagi tahan 2000 hingga 2008.

3. Pengawalan Aktiviti dan Keadaan Struktur Bangunan
Bahagian ini juga terlibat dalam pengawalan aktiviti dan pembinaan struktur sama ada yang mendapatkan kelulusan ataupun yang dibina tanpa kelulusan. Pemeriksaan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun-tahun tersebut dan hasil pemeriksaan telah disusuli dengan tindakan jabatan ini melaluinotis dan juga disalurkankepada jabatan lain untuk diambil tindakan.

FUNGSI JABATAN
1. Pemprosesan Pelan Bangunan
2.Kawalan Bangunan dan Struktur
3. Pemprosesan Sijil Menduduki (OC)
4. Pemantauan integriti struktur bangunan-bangunan awam dan komersil
5. Penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan
6. Urus setia Jawatankuasa Pelan Bangunan
7. Menyelaras One Stop Centre ( OSC )