KONTRAK DAN TENDER

Bil. Soalan Jawapan
1. Bagaimanakah cara dan syarat jika ingin menjadi Kontraktor berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu? Kontraktor yang berminat boleh datang ke pejabat Jabatan Perolehan di Tingkat 7, Bangunan CP dan mengambil borang Pendaftaran dan mengembalikan semula borang yang lengkap di isi. Antara syarat yang wajib adalah mempunyai Lesen PUKONSA Kerja kelas F berdaftar di daerah Kota Kinabalu dan CIDB atau Lesen PMS atau PUKONSA Bekalan dan Perkhidmatan.
2. Adakah sebarang kos pembayaran jika ingin berdaftar sebagai kontraktor berdaftar DBKK? Ya ada, pembayaran perlu dibuat berjumlah RM60.00 untuk pendaftaran baharu dan RM50.00 bagi pembaharuan pendaftaran.
3. Bagaimana saya ingin mengetahui jika ada sebarang Tender atau Sebutharga yang dipelawa? Untuk makluman bagi Tender, pihak DBKK akan mengiklankan di 2 akhbar tempatan selama 2 hari berturut, di laman web DBKK serta papan iklan di ibu pejabat DBKK dan di CP. Untuk Sebutharga ianya akan diiklankan di laman web DBKK dan papan iklan ibu pejabat DBKK dan di CP.