LESEN BERNIAGA

Bil. Soalan Jawapan
1. Bagaimanakah memohon lesen berniaga/Lesen DBKK/Lesen Penjaja/Lesen Pasar/lesen Iklan? Dapatkan Borang permohonan daripada website DBKK/kaunter jualan borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan  dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan.

2. Bagaimanakah mendapatkan pengesahan salinan Lesen berniaga? Sediakan salinan lesen dan hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemilik lesen ke pejabat Jabatan Pelesenan.

3. Bagaimanakah memperbaharui lesen berniaga? Bagi lesen yang masih aktif 3 tahun kebelakangan (2019-2021) boleh diperbaharui melalui e-services bagi lesen yang telah tamat pada tahun 2018 ke bawah dikehendaki mengemukakan dokumen perjanjian sewa premis terkini ataupun dokumen perjanjian jual beli premis dan datang ke pejabat Jabatan Pelesenan.

4. Bagaimanakah memohon pertukaran butiran pemilik/alamat/bidang perniagaan dalam lesen berniaga? Dapatkan Borang permohonan Pertukaran Butiran Lesen daripada website DBKK/kaunter jualan Borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan. Jika melibatkan perubahan nama dalam pemilikan kedua-dua pemilik sedia ada dan penama yang baru dikehendaki untuk hadir ke pejabat.