SOALAN LAZIM

Bil. Soalan Jawapan
1. Apa yang boleh saya adu kepada Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam ( JPPA ), DBKK? Semua aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan berhubung kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh DBKK kepada orang awam.
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan? Tiada. Tiada bayaran dikenakan untuk setiap aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan.
3. Bolehkah saya membuat aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan bagi pihak orang lain? Boleh, dengan izin pengadu.
4. Bolehkah saya mengemukakan aduan/pertanyaan / penghargaan dan cadangan tanpa memberitahu maklumat peribadi? Tidak Boleh, ini kerana maklumat ini penting untuk rekod DBKK dan maklumat ini untuk rujukan dan rekod DBKK SAHAJA. Maklumat peribadi adalah mandatori bagi memastikan kesahihan aduan dan membantu siasatan dilakukan atas aduan dengan lebih efektif. Selain itu, maklumat ini penting supaya pengadu boleh dihubungi oleh DBKK untuk memberikan maklumbalas hasil aduan mereka.
5. Adakah maklumat peribadi pengadu akan dirahsiakan oleh pihak JPPA, DBKK? Semua aduan adalah penting kepada pihak JPPA, DBKK. Maklumat pengadu dirahsiakan.
6. Apakah jenis aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan yang boleh diterima oleh JPPA, DBKK? i. Kelewatan / tiada tindakan; ii. Tindakan tidak adil; iii.Kekurangan kemudahan awam; iv. Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang; v. Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan; vi. Kegagalan perkhidmatan disampaikan mengikut prosedur yang ditetapkan; vii.Kegagalan penguatkuasaan; dan viii.Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.
7. Apakah perkara/tindakan/isu yang tidak boleh dirujuk kepada JPPA, DBKK? Isu-isu yang di luar skop dan bidang kuasa DBKK (sistem penyampaian perkhidmatan) seperti: i. Dasar-dasar agensi kerajaan lain; ii. Perkara-perkara yang meliputi bidang kuasa PBT luar dari kawasan perkadaran DBKK iii.Mahkamah, iv. Isu peribadi; v. Politik; vi. Isu perkauman
8. Bagaimana cara saya membuat aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan? Panggilan telefon ke talian : a. Talian tetap hotline DBKK : 088 313991 ( Waktu pejabat SAHAJA ) b. Talian am : 088 521800 ( Waktu pejabat SAHAJA ) c. Talian hotline whatsApp DBKK : 012 2220220 ( Setiap hari / 8.00 pagi -10.00 malam )
9. Apa maklumat yang perlu saya berikan untuk aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan kepada JPPA, DBKK? Maklumat yang perlu : • Jenis maklum balas; • Tajuk aduan/pertanyaan/ penghargaan dan cadangan; • Butiran aduan/pertanyaan/ penghargaan dan cadangan berserta lokasi aduan; • Penerangan Aduan; • Nama Pengadu; • Telefon Bimbit; • E-mel; • Alamat
10. Apakah yang berlaku kepada aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan saya? Setiap aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan yang dikemukakan kepada JPPA, DBKK akan diterima jika berasas. Seterusnya disiasat dan diselesaikan. Pengadu akan dimaklumkan keputusan siasatan melalui e-mel atau surat atau boleh menyemak keputusan dengan menghubungi talian tetap Hotline DBKK 088 313991
11. Berapa lama JPPA , DBKK membuat siasatan? Setiap aduan yang dikendalikan oleh JPPA, DBKK adalah berdasarkan ketetapan fungsi jabatan ini. Bagi pengurusan kes aduan mudah , aduan perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.Manakala, bagi aduan yang sukar , ianya diselesaikan dalam tempoh 90 hari / 3 bulan.
Bil. Soalan Jawapan
UNIT HASIL, JABATAN KEWANGAN DAN BELANJAWAN
1. Apakah cara menyemak jumlah Cukai Kadaran yang perlu dijelaskan sekiranya saya tidak menerima bil? Anda boleh menyemak jumlah Cukai Kadaran yang perlu dijelaskan melalui:- a) DBKK e-Services (https://eservices.dbkk.sabah.gov.my/) b) Aplikasi Sabah Pay (muat turun dalam telefon pintar dan tablet melalui Google PlayStore atau Apple AppStore) c) Email kami di cukaidbkk@dbkk.sabah.gov.my Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor talian berikut: Bahagian Unit Cukai, Jabatan Kewangan dan Belanjawan, DBKK No. Tel : 088-521757 / 521758 / 521759 / 5217741 / 521896 / 521897 / 521898 Waktu berurusan : 8.30 pagi – 12.30 tengahari dan 2.00 petang – 4.30 petang
2. Bagaimana cara untuk saya membuat bayaran cukai kadaran? Bayaran boleh dibuat melalui: a) DBKK e-Services (https://eservices.dbkk.sabah .gov.my/) b) Aplikasi Sabah Pay (muat turun dalam telefon pintar dan tablet melalui Google PlayStore atau Apple AppStore) c) Perbankan internet :- • Maybank2u – http://www.maybank2u.com.my • Alliance Bank – https://www.allianceonline .com.my • Public Bank – http://www.pbebank .com.my • HSBC – http://www.hsbc.com.my
UNIT PEMBAYARAN, JABATAN KEWANGAN DAN BELANJAWAN
1. Semakan status pengambilan cek DBKK Notifikasi pembayaran akan dimaklumkan kepada Syarikat/lndividu seperti berikut:-
Bil. Kaedah Pembayaran Notifikasi Pembayaran
1. Pembayaran melalui Online Notifikasi melalui e-mail daripada Bank
2. Pembayaran melalui Cek Cek akan dibank-in ke akaun penerima dan notifikasi melalui e-mail/whatsapp/sms
2. Semakan Status Tuntutan Pembayaran Notifikasi status tuntutan akan dimaklumkan oleh anggota Bahagian Pembayaran di talian seperti berikut:- • Encik Khairul Ariffin bin Uding : 088-521725 • Puan Rosdah Md. Kassim : 088-521729 • Bahagian Pembayaran, Jabatan Kewangan dan Belanjawan, DBKK (Waktu berurusan: 8.30 pagi – 12.30 tengahari dan 2.00 petang – 3.30 petang)
1. Apakah DBKK eServices?
DBKK eServices adalah portal perkhidmatan dalam talian untuk pelanggan DBKK. Ini adalah kemudahan bagi pelanggan DBKK untuk melakukan transaksi berikut secara dalam talian:
  1. Semak dan bayar Bil Cukai Kadaran DBKK.
  2. Semak dan memperbaharui Lesen DBKK.
  3. Semak dan bayar Kompaun DBKK.
2. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan eServices?
Perkhidmatan ini terbuka kepada SEMUA pelanggan DBKK seperti berikut;
  1. PEMILIK HARTANAH/PEMBAYAR CUKAI PINTU
  2. PENIAGA / PEMILIK LESEN
  3. ORANG AWAM (KOMPAUN DBKK)
3. Perlukah saya mendaftar untuk menggunakan DBKK eServices?
  1. YA, sekiranya anda mahu melihat sejarah transaksi yang telah dibuat
  2. YA, sekiranya anda mahu melihat bil cukai pintu dan membuat pembayaran cukai pintu
  3. YA, sekiranya anda mahu menyemak lesen dan memperbaharui lesen
  4. TIDAK, sekiranya anda hanya mahu membuat pembayaran ke atas kompaun
4. Bagaimana saya mengakses DBKK eServices untuk mendaftar?
Anda boleh mengakses DBKK eServices melalui cara berikut:
  1. Melalui laman Web DBKK > PERKHIDMATAN> SERVICE ONLINE> DBKK ESERVICES
  2. Melalui DBKK eServices PORTAL > https://eservices.dbkk.sabah.gov.my
5. Apakah kaedah pembayaran yang disediakan dalam eServices?
  1. Kaedah pembayaran secara Pindahan Bank (FPX) ( FPX Individu atau FPX Koporat (max RM 30,000.00).
  2. Kad Kredit
  3. Kad Debit.
6. Adakah saya dikenakan caj tambahan menggunakan eServices?
Tidak.
7. Bolehkah saya membuat pembayaran tanpa mendaftar dalam eServices?
YA, pendaftaran hanya wajib bagi pembayaran cukai pintu dan pembaharuan lesen.
8. Apakah yang saya perlu lakukan jika saya tidak menerima email activation?
Sila klik pada Link “RESEND ACTIVATION” di laman login portal DBKK eServices. Alamat e-mel yang didaftar mestilah betul dan sah.
9. Bagaimana saya mendapatkan semula login/kataluan saya?
Sila klik link FORGOT PASSWORD di laman login Portal DBKK eServices. https://eservices.dbkk.sabah.gov.my/login
10. Berapa lamakah saya perlu tunggu untuk emel reset kata laluan?
Serta merta sekiranya tiada gangguan talian internet.
11. Bolehkah saya membuat pembayaran melalui eServices bagi pihak orang lain?
  1. YA, untuk kompaun pembayaran adalah terbuka
  2. YA, untuk cukai pintu anda perlu linkNo akaun DBKK pemilik ke dalam akaun anda
  3. TIDAK, untuk lesen anda hanya boleh membayar lesen atas nama dan Kad Pengenalan yang anda daftarkan sahaja.
12. Bagaimana saya menukar alamat emel akaun yang telah didaftar?
Setelah berjaya login ke akaun anda, sila ke menu “Profile” untuk kemaskini alamat emel anda.
13. Bagaimana saya mendapatkan bil cukai pintu?
  1. Selepas berjaya daftar ke DBKK eServices, sila ke modul PropertyRates/Assessment, dan masukkan No. Akaun , kemudian pilih dan tekan butang ADD LINK.
  2. Anda boleh melihat bil cukai di Menu Account LIST setelah proses link berjaya.
14. Bolehkah saya memohon lesen melalui eServices?
TIDAK, namun kemudahan akan disediakan dalam masa yang terdekat.
15. Kenapa rekod lesen saya tiada dalam senarai walaupun saya telah berjaya mendaftar?
Lesen anda akan wujud secara automatik sekiranya No. Pengenalan/passport yang anda daftar dalam DBKK eServices sama dalam lesen.
16. Bolehkah saya memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh?
BOLEH. Lesen boleh diperbaharui melalui eservices sekiranya tempoh tamat lesen tidak melebihi 2 tahun.
17. Bolehkah saya melihat rekod transaksi yang telah dibuat melalui saluran pembayaran lain?
TIDAK, rekod transaksi yang dilakukan dalam akaun daftar DBKK eServis sahaja akan disimpan dalam sejarah transaksi.
18. Bolehkah saya mencetak semula resit pembayaran melalui eServices?
  1. YA, sekiranya pembayaran ada dibuat melalui akaun yang berdaftar.
  2. TIDAK, sekiranya ada membuat pembayaran kompaun tanpa berdaftar. Resit akan dihantar terus kepada emel yang dimasukkan semasa transaksi pembayaran dilakukan.
19. Bagaimanakah saya menyemak jika pembayaran saya berjaya?
  1. Anda boleh semak resit pembayaran yang dihantar terus ke emel didaftarkan.
  2. Resit pembayaran akan wujud dalam menu Sejarah Transaksi selepas pembayaran berjaya. Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.mysekiranya rekod anda belum dikemaskini selepas tempoh melebihi 24 jam.
20. Apakah yang perlu saya lakukan jika transaksi pembayaran berjaya tetapi akaun saya belum dikemaskini?
Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my sekiranya rekod anda belum dikemaskini selepas tempoh melebihi 24 jam.
21. Bagaimana saya mencetak lesen yang telah diperbaharui melalui eServices?
Anda boleh mencetak lesen dengan tempoh baharu daripada menu tepi LICENSE LIST selepas transaksi pembayaran berjaya dikemaskini. Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my sekiranya rekod lesen anda belum dikemaskini selepas 24 jam pembayaran dibuat.
22. Berapa lama tempoh rekod dikemaskini selepas pembayaran dibuat?
Serta merta, tertakluk kepada status talian internet semasa. Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my sekiranya rekod anda belum dikemaskini selepas 24 jam pembayaran dibuat.
23. Bagaimana saya laporkan untuk bantuan mengenai DBKK eServices?
Anda boleh hantar emel kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my
Bil. Soalan Jawapan
1. Bagaimanakah memohon lesen berniaga/Lesen DBKK/Lesen Penjaja/Lesen Pasar/lesen Iklan? Dapatkan Borang permohonan daripada website DBKK/kaunter jualan borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan  dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan.
2. Bagaimanakah mendapatkan pengesahan salinan Lesen berniaga? Sediakan salinan lesen dan hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemilik lesen ke pejabat Jabatan Pelesenan.
3. Bagaimanakah memperbaharui lesen berniaga? Bagi lesen yang masih aktif 3 tahun kebelakangan (2019-2021) boleh diperbaharui melalui e-services bagi lesen yang telah tamat pada tahun 2018 ke bawah dikehendaki mengemukakan dokumen perjanjian sewa premis terkini ataupun dokumen perjanjian jual beli premis dan datang ke pejabat Jabatan Pelesenan.
4. Bagaimanakah memohon pertukaran butiran pemilik/alamat/bidang perniagaan dalam lesen berniaga? Dapatkan Borang permohonan Pertukaran Butiran Lesen daripada website DBKK/kaunter jualan Borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan. Jika melibatkan perubahan nama dalam pemilikan kedua-dua pemilik sedia ada dan penama yang baru dikehendaki untuk hadir ke pejabat.
Bil. Soalan Jawapan
1. Bagaimanakah cara dan syarat jika ingin menjadi Kontraktor berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu? Kontraktor yang berminat boleh datang ke pejabat Jabatan Perolehan di Tingkat 7, Bangunan CP dan mengambil borang Pendaftaran dan mengembalikan semula borang yang lengkap di isi. Antara syarat yang wajib adalah mempunyai Lesen PUKONSA Kerja kelas F berdaftar di daerah Kota Kinabalu dan CIDB atau Lesen PMS atau PUKONSA Bekalan dan Perkhidmatan.
2. Adakah sebarang kos pembayaran jika ingin berdaftar sebagai kontraktor berdaftar DBKK? Ya ada, pembayaran perlu dibuat berjumlah RM60.00 untuk pendaftaran baharu dan RM50.00 bagi pembaharuan pendaftaran.
3. Bagaimana saya ingin mengetahui jika ada sebarang Tender atau Sebutharga yang dipelawa? Untuk makluman bagi Tender, pihak DBKK akan mengiklankan di 2 akhbar tempatan selama 2 hari berturut, di laman web DBKK serta papan iklan di ibu pejabat DBKK dan di CP. Untuk Sebutharga ianya akan diiklankan di laman web DBKK dan papan iklan ibu pejabat DBKK dan di CP.