Penduduk taman perumahan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu boleh membuat pesanan perkhidmatan pengutipan sisa pukal dan sisa kebun secara dalam talian dan prabayar, tanpa perlu mengunjungi premis DBKK, menerusi aplikasi iBersih.
Aplikasi ini boleh dimuat turun aplikasi iBersih di Play Store (Android) atau App Store (iOS) dan nikmati kemudahan seperti tempahan atas talian, pembayaran secara prabayar dan pemantauan status kutipan anda.
Namun, bagi penduduk Bandaraya Kota Kinabalu yang ingin mendapatkan pelekat prabayar fizikal boleh berbuat demikian di lokasi-lokasi berikut:
Bangunan Centre Point, Tingkat 7, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK (Isnin-Jumaat. 8 pagi-4 petang)
Tamu Gaya Street (Setiap Ahad, 7 pagi-12 tengah hari)
Untuk maklumat lanjut, urus setia iBersih boleh dihubungi di talian 088-244000 atau 017-8272217 (Whatsapp).
Jom gunakan iBersih, solusi cerdas!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
#KKBersihDanHijau



