Skip to main content

Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan

Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) terdiri daripada Bahagian Sistem & Infrastrusktur, dan Bahagian Pentadbiran & Sokongan.

VISI JABATAN

Penggerak transformasi melalui inovasi digital yang cekap, selamat dan mesra rakyat.

 

MISI JABATAN

  1. Menyokong organisasi melalui solusi digital yang efisien
  2. Memenuhi keperluan teknologi untuk melaksanakan proses kerja
  3. Memangkin pendigitalan sebagai budaya kerja demi kemudahan, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan
     

OBJEKTIF JABATAN

  1. Melaksana dan memantau sistem pengurusan maklumat dan aplikasi
  2. Melaksana program pembangunan ICT
  3. Melaksana dan memantau pekhidmatan rangkaian dan internet
  4. Menyedia khidmat sokongan ICT
  5. Melaksana dan memantau pelan strategik dalam aspek perkhidmatan ICT
     

FUNGSI UTAMA JABATAN

  1. Merancang, menyelaras, mengawal selia pembangunan serta perkomputeran ICT jabatan
  2. Menyedia dan menyelia kemudahan infrastruktur rangkaian
  3. Mengurus dan mentadbir server
  4. Menyedia kelengkapan ICT untuk jabatan
  5. Sokongan teknikal ICT
     

PIAGAM PELANGGAN

  1. Mengambil tindakan ke atas aduan ICT - Tidak melebihi 1 jam selepas aduan diterima
  2. Memberi maklum balas perkhidmatan helpdesk Sistem - Tidak melebihi 3 hari bekerja
  3. Memberi maklum balas ke atas permohonan perkakasan dan perisian komputer - Tidak melebihi 5 hari bekerja

    Dengan syarat semua maklumat yang diterima daripada sumber adalah lengkap dan jelas serta menenuhi keperluan pemprosesan.
     

FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN

Bahagian Sistem dan Infrastruktur

  • Pengurusan Pembangunan dan Pengimplementasian Sistem Aplikasi Digital
  • Pengurusan Infrastruktur ICT
  • Pentadbiran Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur ICT
  • Pengurusan Keselamatan dan Pematuhan Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur
  • Pengurusan Modifikasi dan Penambahbaikan Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur ICT
  • Pengurusan Data dan Maklumat.
  • Pentadbiran dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Digital Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan
  • Pengurusan Bilik Server dan Pelayan (Fizikal/Maya)
  • Pengurusan Kontrak Penyelenggaraan bagi Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur
  • Pengendalian Rangkaian (AP, VPN, Intranet/Internet & Penyelenggaraan CCTV)
  • Pengurusan Sistem Sandaran dan Pemulihan
  • Perkhidmatan Meja Bantuan Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur.
     

Bahagian Pentadbiran dan Sokongan

  • Pengurusan Fail dan Rekod
  • Pengurusan Kewangan dan Bajet
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Dokumen Kualiti Jabatan
  • Pengurusan Hal Ehwal dan Tatatertib Anggota Jabatan
  • Pengurusan Kenderaan 
  • Pengurusan Permohonan Perkakasan dan Perisian 
  • Pengurusan Aset ICT (Pembekalan, Penyelenggaraan dan Pelupusan)
  • Pengurusan Insurans Aset ICT 
  • Pengurusan Stor dan Stok Guna Habis/Alat Ganti Komputer
  • Pengurusan Lesen Aplikasi dan Sijil Perisian
  • Penyediaan Bantuan Teknikal ICT (Helpdesk Support)
  • Penyediaan Khidmat Sokongan bagi Program Rasmi 
  • Penyediaan Khidmat Peminjaman Perkakasan Multimedia