Acara: Hari Cuci Malaysia 2024: Program Pembersihan Mega Seluruh Negara

JOM WARGA BANDARAYA KOTA KINABALU! KITA JAYAKAN HARI CUCI MALAYSIA 2024: PROGRAM PEMBERSIHAN MEGA SELURUH NEGARA, ESOK!
Ayuh warga Bandaraya Kota Kinabalu, sama-sama kita bersatu hati menjayakan “Hari Cuci Malaysia 2024: Program Pembersihan Mega Seluruh Negara” esok, 28 September 2024!
Program yang akan bermula pada pukul 7.00 pagi di Kampung Sembulan ini merupakan program anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersempena World Cleanup Day 2024, yang bertujuan untuk menerapkan nilai tanggungjawab dan cintakan kebersihan persekitaran ke arah dunia yang lebih bersih, hijau dan berdaya huni.
Ayuh Hero Kebersihan, kita tunjukkan rasa cinta terhadap kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Jumpa anda di sana!



