Skip to main content

Acara: KEJOHANAN TERBUKA SEPAK TAKRAW ANTARA REGU PIALA MAYOR

-

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan Kejohanan Terbuka Sepak Takraw Antara Regu Piala Mayor bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, pada 18 hingga 20 April 2025.

Kejohanan yang akan berlangsung selama tiga (3) hari ini adalah terbuka untuk penyertaan daripada pemain yang berasal dari Sabah dan W.P Labuan sahaja. Berikut adalah syarat penyertaan:

1.Hanya SEORANG pemain yang pernah mewakili Negara/Negeri/Piala Emas Khir Johari/STL/SUKMA/Piala Tun Ali/Setaraf Kejohanan Kebangsaan DIBENARKAN bermain dalam satu regu tanpa mengira tahun mewakili Negeri Sabah.

2.Setiap regu tidak dibenarkan membawa pemain dari Semenanjung Malaysia dan Sarawak ke dalam pasukan.

3.Pemain hendaklah Warganegara Malaysia (mempunyai Kad Pengenalan Sabah dan W.P Labuan)

4.Setiap regu dibenarkan mendaftar lima (5) pemain termasuk simpanan.

5.Pemakaian jersi bernombor dan ‘armband’ adalah DIWAJIBKAN.

6.Sebarang keputusan penganjur dalam kejohanan ini adalah MUKTAMAD.

Jangan lepaskan peluang ini untuk menonjolkan kemahiran anda, hadiah lumayan menanti para pemenang. Selain itu, turut dipertandingkan Kategori Hadiah Khas Kejohanan bagi Tekong Terbaik, Apit Kanan Terbaik dan Apit Kiri Terbaik.

Bagi membuat pengesahan penyertaan, pemain boleh membuat bayaran melalui Kod QR yang disertakan atau melalui butiran berikut:

Yuran : RM200.00
No Akaun : 10016010112278
Nama Bank : Bank Islam
Nama Akaun : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Untuk tujuan rekod, sila sertakan resit bukti pembayaran kepada En. Khirul Ebrahim di talian 012-8337531. Sila maklumkan nama penuh pembayar berserta nama pasukan.

Pendaftaran peserta akan ditutup pada 17 April 2025 (Khamis) pada pukul 3.00 petang dan undian akan dibuat pada hari yang sama.

Untuk maklumat lanjut, urus setia penganjur boleh dihubungi melalui talian 012-8372219 (Encik Rusli Nurdin) atau 016-2294038 (Encik Armaizan Azami).

Daftar hari ini dan jangan lepaskan peluang untuk merebut gelaran juara di Kejohanan Terbuka Sepak Takraw Antara Regu Piala Mayor! 

#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

KEJOHANAN TERBUKA SEPAK TAKRAW ANTARA REGU PIALA MAYOR
Attachment Size
Sepak Takraw Piala Mayor 2025.jpg 199.25 KB
QR Pembayaran
Attachment Size
QR Sepak Takraw.jpg 89.99 KB