Skip to main content

iBersih

Perkhidmatan Pengutipan Sisa Pukal dan
Sisa Kebun Prabayar

Muat turun aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) di peranti anda
 

      

 

Soalan Lazim

DBKK iBersih Dalam Aplikasi Sabah Smart parking (SSP)

 

Apakah jenis sisa yang boleh dilupuskan menggunakan perkhidmatan prabayar ini?

Sisa yang dibenarkan ialah:

  • Sisa kebun/taman seperti rumput, daun dan ranting yang dimasukkan ke dalam beg plastik/karung dan diikat kemas.
  • Sisa pukal seperti sofa, meja, kabinet, almari, mesin basuh, peti sejuk, penghawa dingin, televisyen, katil, tilam, kerusi dan barangan bersaiz besar yang seumpamanya.

Kawasan manakah yang mendapat perkhidmatan ini?

Perkhidmatan ini ditawarkan khusus untuk semua kawasan taman-taman perumahan dalam sempadan kawasan operasi Bandaraya Kota Kinabalu.

Bagaimanakah pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan pengutipan sisa pukal dan sisa kebun secara prabayar?

Penduduk taman-taman perumahan di seluruh Bandaraya Kota Kinabalu boleh mendapatkan perkhidmatan ini secara atas talian sahaja melalui  DBKK iBERSIH dalam Aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) bermula 1 Disember 2025.

Tiada lagi perkhidmatan menggunakan atau penjualan pelekat fizikal kaunter-kaunter DBKK.

Bagaimana pengguna boleh mencapai pekhidmatan DBKK iBERSIH?

Pengguna hanya perlu memuat turun Aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) di Google Play (Android) atau App Store (iOS). Setelah memasang aplikasi, pengguna boleh membuat tempahan melalui DBKK iBERSIH dalam Aplikasi SSP.

Perlukah pengguna sedia ada aplikasi SSP mendaftar dalam DBKK iBERSIH?

Tidak perlu.
Pengguna Aplikasi SSP sedia ada tidak perlu membuat pendaftaran baharu dalam DBKK iBERSIH. Pengguna boleh terus menempah perkhidmatan pengutipan sisa pukal dan sisa kebun melalui Aplikasi SSP tanpa sebarang langkah tambahan.

Adakah pelekat prabayar yang telah dibeli sebelum ini masih boleh digunakan?

Ya. Semua pelekat prabayar fizikal yang telah dibeli dari kaunter-kaunter DBKK adalah masih sah dan boleh digunakan oleh penduduk Bandaraya Kota Kinabalu.

Berapakah harga perkhidmatan prabayar bagi setiap unit sisa?

Berikut ialah harga perkhidmatan DBKK iBERSIH:

  • RM1 bagi setiap beg plastik/karung berisi sisa kebun.
  • RM5 bagi setiap unit sisa pukal.

Apakah nilai pembelian minumum perkhidmatan melalui aplikasi SSP?

Nilai pembelian minimum perkhidmatan DBKK iBERSIH ialah RM1 (Ringgit Malaysia Satu).

Apakah kaedah pembayaran yang boleh digunakan?

Pembayaran boleh dibuat menggunakan prepaid credit wallet yang tersedia dalam Aplikasi SSP.

Bagaimana cara untuk menambah nilai (Top up) prepaid credit wallet dalam aplikasi SSP?

Pengguna boleh menambah nilai kredit Aplikasi SSP dengan langkah berikut:
(i) Buka Aplikasi SSP
(ii) Pergi ke menu “Credit”
(iii) Pilih jumlah kredit yang ingin ditambah.
(iv) Lakukan pembayaran melalui mana-mana kaedah berikut:
·    FPX (Online Banking)
·    Kad kredit / Kad Debit
·    e-wallet

Adakah pengguna perlu mencetak bukti pembayaran?

Tidak. DBKK akan merujuk kepada:

  • Gambar sisa yang dimuat naik dalam aplikasi, dan
  • Jumlah bayaran yang diterima melalui Aplikasi SSP.

Hanya bilangan unit sisa yang dibayar akan dikutip.

Bagaimana cara meletakkan sisa sebelum dikutip?

Sisa perlu diletakkan di bahagian hadapan rumah, berhampiran laluan lori dan tidak menghalang lalu lintas. Pastikan sisa disusun kemas dan mudah dilihat oleh anggota DBKK.

Bilakah sisa yang ditempah akan dikutip?

Pengutipan akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tempahan dibuat melalui DBKK iBERSIH dalam Aplikasi SSP.

Bolehkah tempahan dibatalkan dan bayaran dipulangkan?

Semua bayaran perkhidmatan yang dibeli adalah tidak boleh / akan dipulangkan.
Jika berlaku pertikaian caj, contohnya:

  • Jumlah yang ditolak salah
  • Lokasi di luar kawasan pentadbiran DBKK, atau
  • Jenis tempat tinggal bukan taman perumahan;

maka pengguna mesti menghubungi urus setia perkhidmatan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pembayaran untuk semakan oleh DBKK.

Adakah terdapat caj tambahan?

Tiada caj tambahan dikenakan.  Walau bagaimanapun, pengguna diingatkan untuk mematuhi peraturan perkhidmatan, termasuk memuat naik gambar yang jelas, membayar jumlah unit yang betul dan meletakkan sisa di lokasi yang sesuai.

Apakah yang akan berlaku jika jumlah sisa melebihi jumlah yang dibayar?

DBKK hanya akan mengutip jumlah unit yang dibayar. Sisa tambahan memerlukan tempahan baharu melalui DBKK iBERSIH dalam Aplikasi SSP.

Apakah jenis sisa yang tidak dibenarkan?

Perkhidmatan ini tidak menerima:

  • Sisa binaan/renovation (simen, kayu, jubin, konkrit)
  • Sisa berbahaya (cat, minyak, bahan kimia)
  • Bangkai haiwan dan najis haiwan
  • Sisa makanan dan sisa domestik harian

Sekiranya pengguna menempah perkhidmatan prabayar secara atas talian, adakah perlu memaklumkan kepada pihak dbkk untuk pengutipan sisa pukal dan sisa kebun?

Tidak perlu.
Pengguna hanya perlu membuat tempahan dan menyemak status permohonan  dalam DBKK iBERSIH melalui Aplikasi SSP. 

Apakah yang perlu dilakukan jika pengutipan tidak dibuat dalam masa 7 hari bekerja?

Pengguna boleh menghubungi talian sokongan DBKK untuk semakan status dan penyelarasan semula jadual pengutipan.

Bagaimana saya boleh menyalurkan sebarang isu atau pertanyaan berkaitan perkhidmatan ini?

Pengguna boleh menghubungi:

(i) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK: 017 827 2217
(ii) Hotline DBKK: 012 222 0220
(iii) Emel: ibersihpengurusan@gmail.com
(iv) Pejabat Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK, Tingkat 7, Bangunan Centre Point