Berita: DBKK LAKSANA OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR SETINGGAN HARAM DI SEKITAR KAMPUNG BANDULAN
24 JULAI 2026: Seiring komitmen menangani isu pencerobohan tanah kerajaan dan pembinaan struktur haram di sekitar bandar raya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan operasi perobohan struktur setinggan haram di kawasan setinggan bersebelahan Kampung Bandulan.
Operasi bersepadu tersebut melibatkan seramai 46 orang anggota daripada pelbagai agensi, iaitu Jabatan Penguatkuasaan, DBKK; Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Electricity dan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP).
Terdahulu, pada 11 dan 12 Jun 2026, Bahagian Perobohan dan Struktur Haram, Jabatan Penguatkuasaan, DBKK telah menjalankan bancian di kawasan berkenaan dan mengenal pasti sebanyak 166 buah rumah yang dibina secara haram. Kesemua struktur tersebut kemudiannya diberikan Notis Pengosongan, Pengalihan dan Perobohan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.
Hasil operasi perobohan yang dijalankan pada 16 hingga 17 Julai, kesemua 166 buah struktur setinggan haram telah berjaya dirobohkan.
DBKK akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan susulan di kawasan yang terlibat bagi memastikan tiada struktur haram baharu didirikan, sekali gus memastikan kawasan tersebut kekal bebas daripada penempatan setinggan haram.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Penguatkuasaan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



