Skip to main content

Berita: DBKK Seru Syarikat Konsensi, Kontraktor Lantikan, Laksana Tugas Dengan Lebih Berkualiti Dan Bertanggungjawab

  • Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyeru semua syarikat konsesi dan kontraktor yang dilantik untuk memberi kualiti perkhidmatan terbaik kepada Bandaraya Kota Kinabalu, serta memastikan tahap kebersihan, kesejahteraan dan keselamatan warga bandar raya diberikan keutamaan yang tinggi.

    Pada 04 Jun 2024 lalu, DBKK telah menerima laporan daripada seorang individu awam yang mengalami kecederaan di kaki akibat permukaan jalan raya yang tidak rata setelah kerja-kerja ‘resurfacing’ dilakukan. Kejadian yang berlaku di kawasan Lintas Square tersebut perlu dijadikan iktibar kepada syarikat-syarikat konsesi mahupun kontraktor yang lain, untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan.

    Setiap laporan aduan awam yang diterima wajar diambil tindakan segera bagi mengelak kejadian seumpama berulang. DBKK akan terus membuat pemantauan berkala ke atas prestasi kontraktor dan syarikat yang dilantik, dari masa ke masa.