Berita: Tahniah! Jabatan Penguatkuasaan DBKK Menjuarai Pertandingan Dalam Istiadat Perbarisan Bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah
Liputan: Eleanor Michelle Patrick | Foto: Renaldo Fernandez
Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Berjalan Lalu pada Istiadat Perbarisan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu, hari ini.
Kontinjen perbarisan yang diketuai oleh Konst. Phrisco Adrino bin Painol ini telah mendahului Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi, dan disusuli oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Naib Johan) dan Jabatan Perhutanan Sabah (Ketiga).
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pemenang dan kontinjen perbarisan. Berikut adalah senarai penuh pemenang Istiadat Perbarisan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah:
Kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi
- Johan: Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
- Naib Johan: Jabatan Kastam Diraja Malaysia
- Tempat Ke-3: Jabatan Perhutanan Sabah
Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi
- Johan: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
- Naib Johan: Jabatan Ketua Menteri
- Tempat Ke-3: Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah
- Tempat Ke-4 : Kementerian Kewangan
- Tempat Ke-5 : Jabatan Keretapi Negeri Sabah
- Tempat Ke-6 : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
- Tempat Ke-7 : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Kategori Swasta/Komersial
- Johan: Sabah Electricity Sdn. Bhd.
- Naib Johan: Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
- Tempat Ke-3: Kumpulan Yayasan Sabah
Kategori Pertubuhan Etnik Sabah
- Johan: Persatuan Etnik Dusun Minokok Tompizos Sabah (PEDMTS)
- Naib Johan: Persatuan Etnik Bajau Tabawan Sabah (PERBATAS)
- Tempat Ke-3: Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS)
Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Johan: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah
- Naib Johan: Akademi Jahitan Kota Kinabalu
- Tempat Ke-3: Persatuan Ikatan Sosial Keluarga Toraja Baruppu – Anak Negeri Sabah (ISKEB 1 Sabah)
Kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Johan: Komander Kestria UiTM Cawangan Sabah
- Naib Johan: Petronas Briged Bomba Kimanis Petroleum Training Centre
- Ketiga: Kor Suksis UiTM Sabah
Kategori Sekolah Menengah
- Johan: Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia SMK Badin Tuaran
- Naib Johan: Sekolah Henry Gurney, Keningau Jabatan Penjara Malaysia
- Tempat Ke-3: Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat SMK Badin Tuaran
Kategori Sekolah Rendah
- Johan: SK Tobobon
- Naib Johan: SK Pg. Siti Hafsah Karambunai
- Tempat Ke-3: Pengakap SK Sri Gaya



