Berita: Kerjasama Erat DBKK, UMS Jayakan Program Latihan Sempena Sambutan Hari Lestari Sedunia Dan Hari Pelancongan Sedunia
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK
18 OKTOBER 2024: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Pusat Eco-Campus, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan UMS Sustainablility Enhancement Training Program bersempena World Sustainability Day & World Tourism Day di De’Sireh, Chancellery and Borneensis Gallery, Institute of Tropical Biology and Conservation, UMS.
Majlis yang dirasmikan oleh Professor Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur, Naib Canselor UMS ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai akan kepentingan dan kaedah penjagaan alam sekitar.
Lebih kurang 50 peserta yang terdiri daripada pelajar UMS, alumni UMS, ahli PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu serta komuniti Pelancongan Berasaskan Komuniti, DBKK telah menghadiri dan mengambil bahagian dalam program ini.
Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang untuk menyertai sesi taklimat berkaitan alam sekitar, sosial dan tatakelola (ESG), melawat ke Galeri Borneensis dan pameran Citra Kasih, serta mengambil bahagian dalam demonstrasi penghasilan kraftangan Citra Kasih.
Hadir sama, menzahirkan sokongan terhadap program ini, Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi, isteri Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.



