Skip to main content

Berita: Pameran Program Citra Kasih Bersempena SIBEC 2024, Tampilkan Hasil Kraftangan CBT Bawah Bimbingan DBKK

  • Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

    21 OKTOBER 2024: Bersempena Sabah International Blue Economy Conference (SIBEC) 2024 yang berlangsung, Pameran Program Citra Kasih dan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) berpeluang untuk mempamerkan hasil kraftangan Citra Kasih dan aktiviti CBT bagi Darau Wetland Eco Tourism dan Homestay Desa Cinta Komuniti, di bawah bimbingan Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    Reruai DBKK turut dikunjungi oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang mana cendera kenangan daripada YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu turut disampaikan.

    Antara aktiviti pelancongan Darau Wetland Eco Tourism termasuklah penanaman anak pokok bakau, pemuliharaan kelip-kelip, berkayak, kraftangan hasil daripada hutan bakau, memancing merupakan antara aktiviti ekonomi biru yang diusahakan oleh komuniti di kawasan ini, selaras dengan tema persidangan yang dianjurkan.

    Program yang berlangsung selama dua (2) hari, bermula 19 hingga 20 Oktober 2024 ini telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.