Berita: Jom Datang Beramai-ramai ke 'Booth' DBKK Di Karnival Jom Heboh Sabah 2024 pada 27-29 Disember 2024 Ini!

Orang ramai adalah dijemput untuk mengunjungi ‘booth’ perkhidmatan DBKK yang akan diadakan di Karnival Jom Heboh Sabah 2024 pada 27-29 Disember 2024 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu!
Pelbagai pengisian menarik dan perkhidmatan bakal disediakan untuk orang ramai antaranya kaunter perkhidmatan pembayaran cukai, kaunter perkhidmatan dalam talian iaitu DBKK e-Services, kaunter permohonan lesen anjing, aplikasi perkhidmatan sisa kebun dan sisa pukal iaitu i-Bersih dan jualan baja kompos.
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi 'booth' DBKK dan bertemu personaliti TV Media Prima, artis dan penyanyi tanah air yang bakal mengadakan aktiviti bersama pengunjung.
Jumpa anda di sana!



