Berita: RAMAH MESRA BERSAMA PENJAJA, PENGUNJUNG TAMU BESAR TAHUN BAHARU CINA
28 JANUARI 2025: Sebanyak 626 lot gerai telah dibuka bersempena Tamu Besar Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), yang berlangsung di Segama pada 27 Januari 2025.
Mewakili Ketua Menteri Sabah adalah YB Datuk Abidin Madingkir, JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada DBKK bersama YB Datuk Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah meninjau dan beramah mesra dengan penjaja dan pengunjung di tamu berkenaan.
Hadir sama ialah Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Timbalan-timbalan Ketua Pengarah DBKK dan Encik Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif, DBKK Holdings Sdn. Bhd.
Sambil melawat ke sekitar tapak Tamu Besar Tahun Baharu Cina, YB Menteri dan Dato’ Sri Mayor sempat meluangkan masa untuk menyantuni para peniaga dan pengunjung tamu berkenaan. Di samping itu, mereka turut mengedarkan Kalendar Acara Sambutan Ulang Tahun Bandaraya Kota Kinabalu 2025 serta Panduan Kepada Pengendali Makanan dan Majikan.
Penyediaan gerai-gerai jualan barangan keperluan Sambutan Tahun Baharu Cina dapat memberikan ruang untuk para penjaja komuniti berbangsa Cina menjana pendapatan selain memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah barangan perhiasan dan makanan menjelang Tahun Baharu Cina.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



