Skip to main content

Berita: KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PUSAT PEMBELAJARAN BANDARAYA, DBKK KEPADA AMC UNIVERSITY COLLEGE

  • 13 FEBRUARI 2025: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya (APPB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada AMC University College, di Likas Square Commercial College pada 11 Februari 2025.

    Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama strategik antara DBKK dan AMC University College, khususnya dalam membentuk model latihan yang efektif dan membangun jaringan kolaborasi dalam usaha menimba ilmu pengetahuan, mengukuhkan kompetensi serta meningkatkan kemahiran anggota DBKK.

    Rombongan yang diketuai oleh Encik Abdul Mukti bin Haji Muchlish, Pengetua APPB telah disambut oleh Encik Bryan Lo Ching Wing, Chief Executive AMC University College.

    Turut hadir dari AMC University College adalah Puan Ajijah Abd Rasid, Regulatory Manager; Encik Eddly Adrian Arbah, Education Counsellor, Team Leader; Encik Armron Peter Ronald, Business & Training Manager (CETE); Encik Jasni Umin, Business and Training Executive (CETE); Encik Junos Mark Koding, Training Coordinator (GBT) dan Encik Lovelone Luin, Training Coordinator (ICT).

    Menerusi kunjungan hormat ini, rombongan APPB DBKK telah diberi taklimat mengenai peluang kerjasama bersama AMC University College, terutama yang berkaitan dengan fungsi dan peranan DBKK seperti Program Diploma E-Governance, Diploma Law Enforcement, Master in Business Administration dan English Communication Excellence Training Program.

    Selain itu, AMC University College turut mempelawa DBKK untuk menyertai program-program yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.

    Pihak APPB DBKK amat berterima kasih dengan sambutan mesra dan kesudian pihak AMC University College menerima kunjungan hormat ini. Semoga harapan DBKK untuk menjalin kerjasama bersama AMC University College dapat direalisasikan dengan jayanya!

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK