Berita: EMPAT JUARA SUGANDOI KAAMATAN 2025 PERINGKAT BANDARAYA KOTA KINABALU MARA KE PERINGKAT NEGERI
05 MEI 2025: Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan 2025 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu menyaksikan empat (4) peserta dinobatkan sebagai pemenang sekali gus melayakkan diri untuk bertanding dalam Pertandingan Suku Akhir Sugandoi Peringkat Negeri.
Mereka adalah Petrova Catherina Justin mewakili Bandaraya Kota Kinabalu, Nathan Xavier Sikuat mewakili KDCA Tanjung Aru, Theodora Boniface mewakili Likas dan Khoo Wai Wah @ Charlie mewakili KDCA Bandaraya.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), sambil disaksikan oleh Dr. Benedick Oliver Lidadun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat, DBKK selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Sugandoi Kaamatan Bandaraya Kota Kinabalu.
Berikut adalah senarai penuh keputusan Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan 2025 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang berlangsung pada 02 Mei 2025:
(1) KATEGORI TERBUKA
Bandaraya Kota Kinabalu
Johan : Petrova Catherina Justin (RM2,000 + Piala + Sijil + T-shirt Sweed-sweed-sweed)
Naib Johan : Amberly Maidon (RM1,500 + Piala + Sijil)
Ketiga : Ivamichaela Ivo (RM1,000 + Piala + Sijil)
KDCA Tanjung Aru
Johan : Nathan Xavier Sikuat (RM2,000 + Piala + Sijil + T-shirt Sweed-sweed-sweed)
Naib Johan : Ordella May Dennis (RM1,500 + Piala + Sijil)
Ketiga : Rick Wen Majanggong (RM1,000 + Piala + Sijil)
Likas
Johan : Theodora Boniface (RM2,000 + Piala + Sijil + T-shirt Sweed-sweed-sweed)
Naib Johan : Jayvianne Joisin (RM1,500 + Piala + Sijil)
Ketiga : Denno Roy bin Jamil (RM1,000 + Piala + Sijil)
KDCA Bandaraya
Johan : Khoo Wai Wah @ Charlie (RM2,000 + Piala + Sijil + T-shirt Sweed-sweed-sweed)
Naib Johan : Julian Noel J Missi (RM1,500 + Piala + Sijil)
Ketiga : Elvin Mimming (RM1,000 + Piala + Sijil)
(2) KATEGORI DAZANAK
Johan (Mewakili Bandaraya Kota Kinabalu):
Beckhsbryen Jude (RM1,000 + Piala + Sijil + Cap Sweed-sweed-sweed)Naib Johan (Mewakili KDCA Tanjung Aru):
Hannaleigh Annavau Suimin (RM900 + Piala + Sijil + Cap Sweed-sweed-sweed)Ketiga (Mewakili Likas):
Hannah Jean Ronney (RM800 + Piala + Sijil + Cap Sweed-sweed-sweed)Keempat (Mewakili KDCA Bandaraya):
Dea Telisha Felix mewakili (RM600 + Piala + Sijil + Cap Sweed-sweed-sweed)Saguhati:
Ahmad Adli bin Hasbi (RM500 + Sijil)
Myra Eve Fernandez (RM500 + Sijil)Sementara itu, terdapat enam (6) kategori Anugerah Khas Sugandoi yang turut disampaikan dalam majlis ini, antaranya ialah Unduk Sugandoi (Ordella May Dennis); Buvazoi Sugandoi (Julian Noel J Missi); Anugerah Susunan Muzik Baharu (Nathan Xavier Sikuat); Anugerah Persembahan Terbaik (Theodora Boniface); Anugerah Vokal Terbaik (Petrova Catherina Justin) dan Juara Battle Sugandoi (Rickwen Majanggong & Jayvianne Joisin).
Warga Bandaraya Kota Kinabalu, sama-sama kita nyatakan sokongan kepada kesemua wakil Sugandoi Kaamatan 2025 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu yang akan bertanding di pentas Suku Akhir Sugandoi Peringkat Negeri yang akan diadakan di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA!
“Kaamatan Untuk Semua”
”Kaamatan For All”
”Kaamatan Montok Toinsanan”Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



