Skip to main content

Berita: MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BELIA SABAH 2025

  • Pada 17 MEI 2025 (sabtu) – Majlis Perasmian Karnival Belia Sabah Sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2025 telah berlangsung dengan meriah di Gelanggang Bola Tampar, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

    Majlis disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, dan turut dihadiri oleh pimpinan negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

    Turut hadir memberi sokongan ialah Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, yang menyatakan komitmen pihak berkuasa tempatan dalam memperkasa belia bandar raya sebagai pemacu pembangunan komuniti yang progresif dan inklusif.

    Pelbagai acara diadakan termasuk penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah dan penyerahan geran kepada pertubuhan belia. Karnival ini menjadi platform penting meraikan peranan belia dalam agenda “Sabah Maju Jaya”.

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Laporan: Bella Berhaman
    Sumber Foto: Mohd. Asruddey Rusli