Berita: TAHNIAH! KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN BERJALAN LALU DALAM ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KELAHIRAN RASMI YANG KE-74 TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH
22 JUN 2025: Sebanyak 78 kontinjen perbarisan telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Berjalan Lalu program Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, yang berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu, pada 21 Jun 2025.
Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, dengan disertai oleh YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Puan Faridah Giau, Timbalan Setiausaha Tetap II, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah; Puan Faradillah Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK; Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), DBKK dan Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan).
Berikut adalah senarai penuh pemenang Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah:
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
Johan: SK Sembulan Kota Kinabalu
Naib Johan: SK Tobobon
Ketiga: SK Sri Gaya, Sekolah Berprestasi TinggiKATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Johan: Kadet Koreksional Negeri Sabah
Naib Johan: Sekolah Henry Gurney Keningau, Jabatan Penjara Malaysia
Ketiga: Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Darat, SMK BadinKATEGORI IPTA/IPTS
Johan: Komander Kesatria UiTM Sabah
Naib Johan: Petronas, Briged Bomba dan Penyelamat Kimanis Petroleum Training Center
Ketiga: Institut Kemahiran Belia Negara KinarutKATEGORI PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Johan: Majlis Belia Sabah
Naib Johan: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah
Ketiga: Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota KinabaluKATEGORI PERSATUAN ETNIK SABAH
Johan: Persatuan Etnik Bajau Tabawan Sabah (PERBATAS)|
Naib Johan: Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan, Sabah
Ketiga: Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Bajau Tabawan SabahKATEGORI SWASTA/BADAN BERKANUN
Johan: Sabah Electricity
Naib Johan: Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah
Ketiga: Kumpulan Yayasan SabahKATEGORI JABATAN KERAJAAN TIDAK BERPAKAIAN SERAGAM RASMI
Johan: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Naib Johan: Jabatan Pelabuhan Dan Dermaga Sabah
Ketiga: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar
Keempat: Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Kelima: Jabatan Pertanian Sabah
Keenam: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Ketujuh: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi SabahKATEGORI JABATAN KERAJAAN BERPAKAIAN SERAGAM RASMI
Johan: Jabatan Perhutanan Sabah
Naib Johan: Majlis Perbandaran Tawau
Ketiga: Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri SabahPemenang Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga bagi semua kategori masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, RM1,300 dan RM1,000 berserta piala iringan dan sijil.
Sekalung tahniah kepada semua kontinjen perbarisan bagi Pertandingan Berjalan Lalu dalam Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-74 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



