Skip to main content

Berita: KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PUSAT PEMBELAJARAN BANDARAYA, DBKK KEPADA KOMANDAN PUSAT LATIHAN RELA, JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA NEGERI SABAH

  • -

    16 JULAI 2025: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Komandan Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, pada 14 Julai 2025.

    Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara DBKK dan RELA.

    Rombongan yang diketuai oleh Encik Abdul Mukti bin Haji Muchlish, Pengetua Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK telah disambut penuh mesra oleh wakil komandan RELA iaitu Encik Jeklin bin Jamahal, Penolong Penguasa Kanan RELA (Ketua Unit Keselamatan) dan Encik Mohd. Najib bin Yosong, Penolong Penguasa Kanan RELA (Cawangan Persenjataan).

    Kunjungan yang berlangsung dalam suasana yang konstruktif ini turut melibatkan perbincangan utama yang tertumpu kepada kerjasama strategik antara kedua belah pihak, khususnya mengenai penggunaan fasiliti RELA untuk aktiviti Program Latihan Asas Penguatkuasaan dan latihan-latihan yang telah mendapat pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia.

    Selain itu, turut berlangsung perkongsian oleh Pegawai RELA yang memberi idea dan sumber ilham kepada APPB berhubung kaedah peningkatkan kemahiran anggota DBKK melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

    Aspek latihan menembak dan latihan T-Baton / COTA turut menjadi fokus demi memperkukuh keupayaan anggota dalam aspek taktikal dan pengurusan pasukan.

    Kerjasama ini diharapkan mampu meningkatkan kecekapan anggota DBKK serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik dalam usaha memperkasakan latihan dan pengembangan sumber manusia di DBKK.

    Secara keseluruhannya, kunjungan ini membuka peluang untuk kerjasama yang lebih erat dan berterusan, demi memastikan keberkesanan peranan Agensi Penguatkusaan dalam menyokong keselamatan dan pembangunan masyarakat.

    APPB mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudiaan penerimaan kunjungan hormat ke Pusat Latihan RELA Negeri Sabah.

    Semoga kolaborasi ini dapat dijayakan dan menjadi langkah awal ke arah pencapaian matlamat bersama untuk kecemerlangan DBKK dan Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Sabah.

    Sumber Info dan Foto : Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK